UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

3 record(s) found

1
Abstract
Kajian ini bertujuan meneroka kandungan kemahiran Bahasa Melayu kurikulum prasekolah di Malaysia khususnya dalam aspek Kemahiran Mendengar dan Bertutur, Kemahiran Membaca serta Kemahiran Menulis.Data diperoleh melalui kaedah analisis kandungan. Dokumen Kurikulum Prasekolah Kebangsaan 2001 serta Dokumen Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan Pendidikan Prasekolah (Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran - DSKP Semakan 2017) digunakan untuk mengenalpasti kandungan mata pelajaran Bahasa Melayu peringkat prasekolah dalam kemahiran yang dinyatakan. Dapatan kajian menunjukkan dokumen berkenaan memenuhi keperluan kurikulum pendidikan prasekolah yang bertujuan supaya murid menguasai kemahiran bahasa secara berkesan. Justeru kajian mencadangkan guru melakukan persediaan pengajaran dengan efektif agar murid memperoleh pembelajaran menyeronokkan. Hal ini akan meningkatkan kreativiti guru dalam menghasilkan bahan pengajaran serta mempelbagaikan kaedah pembelajaran mengikut kesesuaian murid be.....
Article Published 2020 1523 hits Available
2
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk melihat aspek pengalaman pelajar yang berbeza peringkat umur terhadap tutor hologram manusia sebenar. Empat kumpulan yang terlibat ialah murid darjah lima, pelajar tingkatan empat, pelajar sepenuh masa dan pelajar sambilan institusi pengajian tinggi. Kajian ini juga melihat kesan emosi seronok dan emosi dalam pembelajaran pelajar yang tercetus disebabkan reka bentuk karakter tutor hologram yang berbeza tahap realistik. Bagi tujuan tersebut tiga tutor hologram berbeza tahap realistik telah dibangunkan, iaitu manusia sebenar, kartun 3D dan robot manusia. Hanya pelajar sepenuh masa institusi pengajian tinggi sahaja yang terlibat untuk objektif kedua kajian ini. Keseluruhannya, reka bentuk kuasi-eksperimen telah digunakan bagi menjawab persoalan-persoalan kajian yang dibina. Bagi tujuan memperoleh maklum balas dari responden, soal selidik UEQ telah digunakan untuk objektif kajian yang pertama dan SAM serta AEQ digunakan untuk objektif kajian yang kedua.....
Thesis Published 2021 1693 hits Available
3
Abstract
Tutor hologram sebagai perwakilan guru di dalam kelas merupakan suatu strategi yang mampu menarik minat serta meningkatkan motivasi pelajar. Sehingga kini, karakter manusia sebenar sering digunakan sebagai tutor hologram. Walaubagaimanapun, proses pembangunan tutor hologram manusia sebenar ini memerlukan proses yang rumit. Dengan kemampuan hologram yang boleh memaparkan pelbagai jenis karakter lain, penggunaan animasi karakter robot manusia boleh menjadi suatu alternatif dalam penyediaan medium tutor hologram ini. Namun, aspek pengalaman dan penerimaan pelajar terhadap pendekatan ini menjadi persoalan. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan untuk mereka bentuk dan membangun tutor hologram karakter robot manusia dan melihat kesannya terhadap pengalaman pelajar (Lx). Model instruksi m-ADDIE dijadikan sebagai panduan pembangunan tutor hologram robot manusia serta bersandarkan teori dan prinsip berdasarkan tinjauan literatur yang berkaitan. Set soal selidik User Experience Questionnaire (UEQ.....
Article Published 2021 680 hits Available

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.