UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

9 record(s) found

1
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk melihat penggunaan Kaedah Sebut Baca Bergambar dalam meningkatkan pertuturan dan pembacaan murid-murid bermasalah pendengaran di Sk Sri Adika Raja Gerik, Perak. Seramai tiga orang murid dijadikan responden di dalam kajian ini. Fokus utama di dalam kajian ini ialah murid menyebut huruf vokal (v), huruf konsonan (k) dan membaca perkataan kvkv dengan bantuan gambar. Kaedah Sebut Baca Bergambar ini dijalankan dengan meminta murid mengisyaratkan gambar yang ditunjukkan berulang kali dengan betul. Setelah itu baharulah diajar mengeja perkataan kvkv dan membaca perkataan kvkv. Kemudian diajar pula menyebut bunyi suku kata, mengeja dan membunyikan semula suku kata kv dan disusuli dengan menyebut nama huruf bagi perkataan kvkv tersebut. Metodologi yang digunakan oleh pengkaji ialah melalui ujian pra dan pos. Sebelum memulakan kajian, pengkaji telah menjalankan pemerhatian terhadap murid dan menjalankan temu bual kepada ibu bapa. Hasil daripada kajian ini menunjukkan m.....
Article Published 2016 1356 hits Available
2
Abstract
Peristiwa 9/11 membawa suatu dimensi baru dalam perkembangan Pelancongan Islam di peringkat global. Selepas tahun 2001, trend penganjuran persidangan antarabangsa dan penerbitan dalam Pelancongan Islam semakin mendapat perhatian serius dalam kalangan sarjana. Selain itu, pola dan aliran ketibaan pelancong antarabangsa telah berubah dan memberikan manfaat kepada pembangunan pelancongan di negara Islam. Pelancongan Islam sering dikaitkan dengan pelancongan budaya, keagamaan dan spiritual. Sehingga kini, tidak terdapat satu pengertian yang khusus tentang konsep pelancongan Islam. Kepentingan dan keperluan perjalanan dalam Islam ditegaskan dalam beberapa surah Al-Quran. Ia turut berkait rapat dengan beberapa konsep perjalanan dalam Islam seperti haji, umrah, rihlah, ziyara dan tabligh. Daripada perspektif Islam, konsep pelancongan dilihat dalam spektrum yang lebih luas. Ia adalah suatu ibadah, manifestasi dalam menghayati kebesaran ciptaan Ilahi dan mendapatkan keredhaanNya. Pelancongan Is.....
Article Published 2015 1840 hits Available
3
Abstract
Tujuan kajian ini adalah untuk menentukan tahap perapatan yang wujud antara guru dengan kanak-kanak di prasekolah dalam aktiviti pembelajaran dan aktiviti bukan pembelajaran. Menggunakan pendekatan kualitatif, data kajian diperolehi daripada analisis rekod naratif, Borang Skema Pemerhatian Perapatan Guru-kanak-kanak (BSPP), dan Rubrik Tahap Perapatan dan Tahap Rasa Selamat (RTP-TRS) yang digubal oleh pengkaji. Kajian ini telah dijalankan di sebuah tadika di Daerah Bidor, melibatkan 41 orang kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun dan tiga orang guru. Kesemuanya, sembilan pemerhatian telah dilakukan dan dirakamkan. Dapatan kajian menunjukkan tahap keakraban guru dengan majority kanak-kanak adalah pada tahap 0 dan 1, yang bermaksud tiada perapatan atau perapatan adalah tidak akrab. Hanya segelintir kanak-kanak yang mempunyai perapatan tahap 2 dan 3, iaitu hubungan ikatan perapatan yang lebih akrab. Menggunakan rubrik RTP-TRS, didapati tahap rasa selamat yang dialami oleh kanak-kanak di pras.....
Thesis Published 2015 2342 hits Available
4
Abstract
Kajian ini bertujuan menilai ujian sumatif Ujian Akhir Sekolah (UAS) berbentuk aneka pilihan yang dibangunkan oleh guru sekolah menengah atas di Palembang berdasarkan kesahan, kebolehpercayaan, aras kesukaran, indeks diskriminasi, dan keberkesanan pengganggu. Kajian ini juga bertujuan menentukan sejauh mana hubungan antara kualiti ujian sumatif UAS dengan latarbelakang guru dalam membuat pentaksiran serta mengenalpasti apakah kekangan yang dihadapi guru dalam menyediakan dan mentadbir UAS. Subjek kajian meliputi 60 orang guru yang mengajar matapelajaran UAS yang dikaji, iaitu Pendidikan Agama, Pendidikan Kewarganegaraan dan Pendidikan Sejarah. Kajian berbentuk ex-post facto ini melibatkan analisis kertas jawapan pelajar daripada ujian sumatif UAS dan pentadbiran soal selidik guru. Respons setiap pelajar bagi setiap item dimasukkan dalam spreadsheet dan dianalisis menggunakan perisian Anates. Sejumlah 2400 kertas jawapan pelajar daripada 2400 pelajar telah dianalisis. Soal selidik guru .....
Thesis Published 2017 1572 hits Available
5
Abstract
Kajian ini bertujuan meneroka perkembangan pertuturan murid-murid bermasalah pendengaran dari segi latihan oro-motor, sebutan bunyi vokal dan sebutan bunyi konsonan menggunakan Video Latihan Pertuturan. Pendekatan kualitatif dengan reka bentuk kajian kes telah digunakan untuk menjawab tiga persoalan kajian. Tiga instrumen kajian digunakan iaitu pemerhatian berstruktur, senarai semak dan analisis dokumen untuk memperolehi maklumat perkembangan pertuturan. Seramai empat orang kanak-kanak bermasalah pendengaran dipilih menjadi responden melalui teknik persampelan bertujuan. Data dianalisis menggunakan kaedah naratif iaitu huraian perkembangan responden menggunakan Video Latihan Pertuturan. Dapatan kajian menunjukkan murid-murid bermasalah pendengaran dapat melakukan dengan cemerlang aktiviti membuka dan menutup mulut dan menyedut minuman di dalam latihan oro-motor manakala lemah dalam aktiviti menggerakkan lidah. Kajian juga mendapati murid-murid bermasalah pendengaran dapat menyebut buny.....
Thesis Published 2018 2139 hits Available
6
Abstract
Kajian ini dijalankan untuk melihat penggunaan komik terhadap kemahiran membaca dalam kalangan murid pemulihan tahun 2 dan 3 untuk mata pelajaran Bahasa Malaysia. Kajian tindakan ini telah dijalankan di dua buah sekolah di daerah Jempol (Negeri Sembilan) dan melibatkan lima belas orang responden. Objektif kajian ini ialah untuk meningkatan penggunaan komik dalam program pemulihan bacaan sebagai bahan bantu mengajar. Objektif kedua ialah menarik minat murid pemulihan untuk membaca, dan ketiga ialah untuk memperbaiki kemahiran membaca dalam kalangan murid pemulihan.Pengkaji memilih penyelidikan kualitatif untuk melaksanakan kajian tindakan ini. Instrumen kajian terdiri daripada analisis dokumen (keputusan peperiksaan Linus), pemerhatian (penggunaan komik dalam pengajaran dan pembelajaran), temubual (untuk mengetahui minat murid membaca komik) dan soal selidik (menggunakan skala Likert) Data dianalisis dengan menggunakan kaedah triangulasi dan perisian komputer ATLAS.ti. Kajia.....
Thesis Published 2019 7873 hits Available
7
Abstract
Kajian ini memfokuskan pertimbangan moral dalam urusan pinjaman wang antara peniaga kecil dengan bank plecit di Pasar Tradisional Purwokerto, Kabupaten Banyumas, Jawa Tengah. Kajian ini mengupas pertimbangan moral dari aspek kognitif, emosi, dan tindakan moral dalam urusan peminjaman wang tersebut. Metodologi kualitatif melalui kaedah temu bual separa berstruktur dan bersemuka digunakan untuk pengumpulan data. Pengkaji kajian terdiri daripada 9 orang peniaga kecil di pasar tradisional dan 7 orang pemilik bank plecit. Dapatan kajian menunjukkan bank plecit menjadi pilihan peniaga kecil dalam urusan pemberian pinjaman wang kerana diri sendiri terpaksa meminjam atas keperluan mendesak untuk menambah modal perniagaan di pasaran. Ini juga berikutan kesukaran peniaga kecil untuk mendapatkan pinjaman daripada bank rasmi kerana kurangnya pengetahuan tentang prosedur pinjaman bank rasmi dan syarat yang rumit terutama berkaitan jaminan. Oleh itu, aspek kognitif yang diambil kira sema.....
Thesis Published 2022 1237 hits Available
8
Abstract
Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti keberkesanan pendekatan didik hibur dalam pengajaran dan pembelajaran simpulan bahasa. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian campuran yang menggabungkan pendekatan kuantitatif dan kualitatif dengan kaedah kuasi eksperimen berbentuk inferensi serta pemerhatian bukan peserta. Responden kajian ini dipilih melalui pensampelan mudah yang terdiri daripada 60 orang pelajar tingkatan empat dari sebuah sekolah di Klang, Selangor. Dua set ujian simpulan bahasa, iaitu praujian dan pascaujian telah digunakan sebagai instrumen kajian. Ujian ini terdiri daripada 50 soalan simpulan bahasa yang dalam format objektif dan subjektif. Data kajian dianalisis menggunakan analisis statistik deskriptif dan inferensi, khususnya ujian-t dengan bantuan perisian Statistical Package for Social Sciences versi 27. Dapatan kajian ini menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dalam pencapaian skor min pascaujian antara kumpulan kawalan (m=58.3) dan kumpulan rawa.....
Thesis Published 2025 208 hits Available

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.