UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

7 record(s) found

1
Abstract
Journal of Sports Science and Physical Education 5(2): 44-52, 2016 - The aim of this study is to identify the differences in academic achievement between athletes involved in Karnival Kokurikulum Sukan antara Kolej Matrikulasi (KAKOM) and non-athletes in Labuan Matriculation College. Overall 200 respondents selected athletes are students from KAKOM athletes (n=100) and non-athlete students (n=100) in Semester 1, 2015/2016. The survey design and purposely sampling technique was used for data collection. The respondents are comprised of students majoring in Accounting, One Year Program (PST) Module 1, PST Module 2 and PST Module 3. Descriptive statistic was used to obtain frequency and percentage for each of the variables and to determine the level of academic achievement (CGPA) of athletes and non-athletes. Inferential statistic was used to compare the mean scores achieved by cumulative grade point average (CGPA) between KAKOM athletes and non-athletes based on t-test. T test was also u.....
Article Published 2016 3506 hits Available
2
Abstract
Tujuan kajian ini adalah untuk menentukan ciri-ciri antropometri dan tahap kematangan fizikal pemain bola sepak bawah 12 dan 15 tahun Majlis Sukan Sekolah Perak (MSSPK). Kajian berbentuk deskriptif ini melibatkan 252 orang peserta, iaitu 126 orang pemain bawah 12 tahun dan 126 orang pemain bawah 15 tahun. Pengukuran antropometri melibatkan tinggi, berat badan, tinggi duduk, panjang kaki, panjang depa dan lipatan kulit (triceps dan gastrocnemius). Tahap kematangan fizikal pemain dianggar menggunakan kaedah tidak invasif dan praktikal bagi meramal umur pada halaju ketinggian puncak (PHV) bagi mengukur ambang kematangan berdasarkan pemboleh ubah antropometri. Analisis statistik deskriptif ditunjukkan bagi ciri-ciri antropometri. Ujian t tidak bersandar digunakan bagi membuat perbandingan antara pasukan yang layak ke peringkat akhir. Hasil kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi ciri-ciri antropometri antara pasukan yang berjaya dengan tidak berjaya ke peringkat ak.....
Thesis Published 2017 1020 hits Available
3
Abstract
Penyelidikan ini bertujuan untuk mengkaji ragam hias Selayah Keringkam dalam konteks seni sulaman yang diperkenalkan dalam Dokumen Standard Sekolah Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP), Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) bagi mata pelajaran Pendidikan Seni Visual (PSV) Tingkatan 2. Terdapat tiga objektif dalam penyelidikan ini iaitu mengenal pasti ciri-ciri ragam hias Selayah Keringkam, mengklasifikasikan motif dan reka corak Selayah Keringkam, dan menganalisis aspek ragam hias yang terdapat pada Selayah Keringkam. Penyelidikan ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan tiga jenis kaedah iaitu kaedah pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen. Seramai tiga orang informan dipilih untuk memberi sumber dapatan kajian bagi menjawab persoalan dalam penyelidikan ini. Penyelidik menggunakan teori Apresiasi oleh Edmund Burke Feldman dan pendekatan Estetika oleh Zakaria Ali. Penyelidik telah menggunakan lima sampel penyelidikan iaitu tiga helai tudung Selayah Keringkam dan du.....
Thesis Published 2022 1996 hits Available
4
Abstract
Kajian ini melihat Naluri Kepengarangan pengarang dalam sebuah teks novel Kesusasteraan Melayu di sekolah. Kajian berbentuk kualitatif ini mengguna pakai kaedah analisis teks. Kajian ini disokong dengan analisis kandungan media video daripada sebuah siaran Youtube yang memuatkan pengisian bual bicara bersama Sasterawan Negara Anwar Ridhwan mengenai novel beliau, iaitu Naratif Ogonshoto. Kajian ini bertujuan mengkaji Naluri Keintelektualan yang menjana minda dalam novel Naratif Ogonshoto oleh beliau. Model yang diterapkan ialah Model Proses Kreatif Teksnaluri oleh Ghazali Din (2016). Asasnya, model ini menggagaskan tujuh naluri dalam diri seseorang pengarang sebagai sumber dalaman yang berupaya memangkinkan proses kreatifnya. Dengan membataskan Naluri Keintelektualan, kajian ini melihat penjanaan minda dalam karya yang berkaitan dengan elemen-elemen dalam naluri tersebut. Berdasarkan senarai catatan dan analisis yang dibuat, hasil kajian mendapati bahawa Naluri Keintelektual.....
Final Year Project Published 2023 2579 hits Available
5
Abstract
Fokus utama kajian adalah untuk melihat peranan dan pelaksanaan kepimpinan pengajaran Ketua Panitia mata pelajaran Pendidikan Seni Visual melalui deligasi dan empowerman tugasan dari pengetua. Kajian juga turut melihat budaya keija guru-guru Pendidikan Seni Visual terhadap pencapaian akademik pelajar melalui periksaan SPM. Kajian juga turut melihat perbezaan persepsi guru terhadap peranan dan pelaksanaan kepimpinan pengajaran berdasrkan faktor demografi umur dan jantina. Kerangka kajian diasaskan kepada Model Kepimpinan Pengajaran oleh Snyder(1983) dan budaya sekolah oleh Yaakob (2007). Data diperoleh menerusi soal selidik. Seramai 83orang responden dari 25 buah sekolah menengah harian di Daerah Seremban, Negeri Sembilan. Data soal selidik dianalisis menggunakan statistic deskriptif dan inferensi menerusi program SPSS-Versi 16. Analisis deskriptif, Ujian-t dan analisis Pekali Kolerasi Pearson dan Ujian ANOVA sehala telah digunakan dalam kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan.....
Thesis Published 2012 452 hits Available
6
Abstract
Kajian ini memberi fokus dalam aktiviti perbincangan berpasangan oleh pelajar Melayu yang mempelajari bahasa Jepun sebagai bahasa asing di Pusat Bahasa Jepun Institut Perindustrian Malaysia _ Jepun. Pelajar yang terlibat mengalami proses pembelajaran bahasa Jepun selama lapan bulan sebelum menjalani latihan perindustrian selama tiga tahun di Jepun. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis penggunaan strategi terjemahan literal bagi mengatasi masalah komunikasi dalam interaksi mereka. Responden kajian terdiri daripada 8 orang pelajar Melayu yang mempelajari bahasa Jepun tahap tinggi. Instrumen kajian terdiri daripada rakaman video dan audio perbincangan berpasangan yang digunakan untuk mengenal pasti strategi terjemahan literal. Kajian ini dilakukan selama 10 jam dalam masa seminggu. Dapatan kajian dianalisis dengan menggunakan Taksonomi Strategi Komunikasi. Dapatan kajian mendapati penggunaan strategi terjemahan literal memberi manfaat kepada responden untuk berkomunikasi dengan lebih b.....
Article Published 2013 2 hits Available
7
Abstract
Kajian ini bertujuan mengenalpasti pengaruh faktor kos, ekonomi dan sosial terhadap kebarangkalian lawatan dalam kalangan pelancong domestik ke Pantai Teluk Nipah, Pulau Pangkor. Oleh itu, kajian ini menggunakan Kaedah Kos Perjalanan Individu (ITCM) sebagai alat untuk mengira nilai ekonomi kawasan pelancongan pinggir pantai berdasarkan perbelanjaan individu pelancong. Dengan menggunakan pensampelan bertujuan, sebanyak 168 soal selidik diedarkan dalam kalangan pelancong tempatan yang telah bermalam di Pulau Pangkor pada 23 hingga 27 Disember 2017. Penggunaan model kajian diadaptasi daripada kajian Raziah (2003) yang mana model sebelum ini adalah daripada Jamal & Redzuan (1997). Namun dalam kajian ini, terdapat beberapa item pembolehubah yang ditambah seperti kos cenderamata, kos internet, kos telefon dan kos perbelanjaan rekreasi. Ordinary Least Square (OLS), min dan analisis logistik dikira untuk mendapatkan kos jumlah perbelanjaan dalam kalangan pelancong tempatan. Nilai R.....
Thesis Published 2021 1342 hits Available

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.