UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Total records found : 2
12018
Thesis
Estetika Pagar Musang tradisional pantai timur era kontemporari
Mohd Fauzi Md Rejab
Kajian empirikal ini bertujuan untuk mengkaji nilai estetika yang terdapat pada Pagar Musang gaya pantai timur bentuk tradisional dan kontemporari berdasarkan aspek reka bentuk, ragam hias serta fungsinya. Kajian ini dibuat dengan bersandarkan kepada teori budaya David Kaplan dan prinsip estetika Zakaria Ali. Kajian ini berbentuk kualitatif dengan menggunakan kaedah reka bentuk kajian kes. Data dikumpul melalui cara temu bual, pemerhatian, rakaman visual, analisa produk, kajian dokumen dan kepustakaan. Kajian ini dilakukan di daerah Besut Terengganu, Kota Bharu Kelantan dan Temerloh Pahang. Dapatan dari kajian menunjukkan faktor penggunaan teknologi moden, penggunaan bahan yang bukan berasaskan kayu serta pemakaian motif yang lebih moden dan kontemporari telah memberi wajah yang baru pada Pagar Musang pantai timur dalam era kontemporari. Berdasarkan pada enam prinsip estetika Zakaria Ali dan tiga subsistem dari teori budaya David Kaplan menunjukkan nilai estetika Melayu tradisional mas.....

862 hits

22019
Thesis
Kebimbangan matematik dalam kalangan pelajar tingkatan dua sekolah menengah di daerah Raub : satu kajian kes
Rohaniza Mad Rejab
Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti Kebimbangan Dalam Pembelajaran Matematik (KDPM) bagi pelajar Tingkatan Dua di sekolah menengah di daerah Raub. Kajian ini turut menyelidik pengaruh KDPM terhadap pencapaian dan sikap pelajar terhadap matematik daripada empat kategori sekolah iaitu Sekolah Menengah Harian (SMK), Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina (SMJKC), Sekolah Menengah Rancangan Khas (SBTK) dan Sekolah Menengah Agama (SMA). Sampel kajian terdiri daripada 349 orang pelajar sekolah menengah di daerah Raub, Pahang yang dipilih secara rawak berstrata. Kajian kes ini menggunakan instrumen soal-selidik. Statistik deskriptif iaitu kekerapan, min dan sisihan piawai dan statistik inferens seperti ujian-t, ANOVA dan Korelasi Pearson telah digunakan. Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar bersetuju (M=2.56; SP=0.35) bahawa mereka mengalami KDPM. Berdasarkan kategori sekolah pula, min tertinggi bagi KDPM adalah daripada pelajar SMA (M=2.73; SP=0......

853 hits

Filter
Loading results...



Specific Period
Loading results...



Top 5 related keywords (beta)

Loading results...



Recently Access Item




Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.