UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

2 record(s) found

1
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti persepsi murid Dual-Language Programme (DLP) terhadap Kemahiran Dwibahasa dan Penguasaan Istilah serta mengkaji lebih lanjut mengenai hubungan Kemahiran Dwibahasa dan Penguasaan Istilah terhadap Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) bagi topik Nutrisi dan Sistem Pencernaan Manusia dalam kalangan murid tingkatan 4 Sains di SBPI. Pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk kajian deskriptif menggunakan kaedah tinjauan dipilih untuk menjawab tiga persoalan kajian dan dua hipotesis kajian. Seramai 154 orang murid dipilih sebagai sampel kajian yang melibatkan dua buah sekolah di daerah Gombak iaitu Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Rawang (SEPINTAR) dan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak (INTEGOMB). Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah soal selidik tinjauan yang diadaptasi daripada literatur sedia ada. Kesemua item diukur dengan format skala Likert 5 mata. Nilai pekali kesahan instrumen adalah antara 0.8 hingga 0.9 manakal.....
Final Year Project Published 2024 1457 hits Limited
2
Abstract
Kehadiran pekerja asing di Malaysia adalah salah satu faktor penyumbang terhadap pertumbuhan ekonomi dan pembangunan negara. Namun begitu, apabila berlakunya penularan wabak COVID-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Malaysia, pekerja asing turut sama menjadi penyumbang kepada peningkatan kadar kes jangkitan dalam negara. Kajian ini membincangkan isu berkaitan pekerja asing di Malaysia semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dengan menganalisis faktor yang menyumbang kepada jangkitan dan penularan COVID-19 dalam kalangan pekerja asing. Selain itu, kajian ini turut akan mengenal pasti cabaran yang dihadapi oleh pekerja asing sewaktu pandemik COVID-19 dan seterusnya membincangkan tindakan kerajaan Malaysia dalam membantu golongan pekerja asing bagi mendepani COVID-19. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif menerusi kajian kes dengan menganalisis dokumen seperti laporan dari laman rasmi kerajaan dan berita terkini serta temu bual bersama pegawai agensi penguatku.....
Article Published 2023 461 hits Available

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.