UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

5 record(s) found

1
Abstract
Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti pengaruh tingkah laku terancang, kecerdasan emosi dan daya tahan terhadap hasrat keusahawanan dalam kalangan pelajar semester akhir FPE UPSI. Dalam kajian ini, sebanyak 210 set soal selidik telah berjaya dikumpul yang membawa kepada 97% kadar tindak balas. Ujian ANOVA, ujian-t, ujian korelasi dan ujian regresi pelbagai telah digunakan untuk melaksanakan analisis statistik daripada data kajian. Analisis kebolehpercayaan dan analisis faktor pengesahan telah dijalankan. Hasil kajian menunjukkan bahawa tingkah laku terancang, kecerdasan emosi dan daya tahan mempunyai hubungan yang signifikan terhadap hasrat keusahawanan. Teori Tingkah Laku Terancang (TPB) merupakan pembolehubah yang paling mempengaruhi hasrat keusahawanan pelajar. Kajian ini juga telah menyumbang kepada literatur dalam pengaruh TPB, kecerdasan emosi dan daya tahan terhadap hasrat keusahawanan pelajar. Implikasinya, universiti boleh meningkatkan self-efficacy keusahawanan dan ke.....
Thesis Published 2016 1935 hits Available
2
Abstract
Kajian ini bertujuan membangunkan modul pengajaran dan pembelajaran berdasarkan pendekatan pengajaran inkuiri bagi tajuk jatuh bebas dan gerakan luncuran dan menilai keberkesanannya terhadap pencapaian pelajar. Reka bentuk kajian kuantitatif ini ialah Reka Bentuk dan Pembangunan Modul. Bagi menilai keberkesanan modul, reka bentuk kajian ialah eksperimen. Pembinaan modul adalah berdasarkan model ADDIE. Kesahan modul diperolehi daripada dua orang pakar dengan mengambil peratus persetujuan kedua-dua pakar tersebut manakala kebolehpercayaan modul diperoleh melalui kajian rintis dengan menentukan ketekalan dalaman menggunakan pekali Alfa Cronbach. Keberkesanan modul terhadap pencapaian pelajar diuji menggunakan ujian-t. Kajian ini melibatkan keseluruhan populasi seramai 60 orang pelajar fizik program dua tahun di Kolej Matrikulasi Selangor. Mereka dibahagikan sama rata secara rawak ke dalam dua kumpulan iaitu kumpulan kawalan dan rawatan. Dapatan menunjukkan purata peratusan persetujuan ant.....
Thesis Published 2017 1930 hits Available
3
Abstract
Kajian  ini  bertujuan  mengenal  pasti  tahap  keusahawanan  sosial  dan  kemahiran insaniah   dalam  kalangan  pelajar  program  Entrepreneurship  Act  Us  (ENACTUS) Universiti  Awam  (UA)  di   Zon  Tengah  Semenanjung  Malaysia.  Kajian  ini  turut mengenal  pasti  hubungan  antara   keusahawanan  sosial  dan  kemahiran  insaniah  serta kesan  keusahawanan  sosial  terhadap   kemahiran  insaniah  pelajar.  Sampel  kajian melibatkan  189  pelajar  ENACTUS  dari  tiga  buah   UA  iaitu  Universiti  Sains  Islam Malaysia  (USIM),  Universiti  Islam  Antarabangsa  (UIA)  dan   Universiti  Teknologi MARA (UiTM) Kampus Shah Alam. Kajian menggunakan persampelan rawak mudah  dengan soal selidik sebagai instrumen. Data dianalisis menggunakan kaedah analisis deskriptif   untuk  menentukan  tahap  keusahawanan  sosial  dan  kemahiran  insaniah pelajar.   Manakala    analisis   inferensi   digunakan.....
Thesis Published 2019 1991 hits Available
4
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk menentukan pengaruh tingkah laku terancang (TPB) dan daya tahan (RE) terhadap hasrat keusahawanan (EI) pelajar Kolej Matrikulasi Perlis. Kajian kuantitatif melalui tinjauan telah dilakukan terhadap 244 orang pelajar Kursus Pengurusan Perniagaan yang dipilih berdasarkan teknik persampelan rawak mudah. Soal selidik menggunakan skala Likert 5 mata diedarkan secara penghantaran dan kutipan. Analisis regresi berganda, analisis mediasi sederhana dan analisis moderasi sederhana dilakukan dengan menggunakan SPSS v.23 dan PROSES makro untuk SPSS v.3.4. Keputusan analisis regresi berganda menunjukkan bahawa pembolehubah bebas yang diuji dapat menjelaskan 25.5% varians terhadap hasrat keusahawanan pelajar. Ini membuktikan bahawa tiga dimensi TPB dapat membantu meningkatkan EI pelajar Kolej Matrikulasi Perlis. Dimensi sikap terhadap tingkah laku (ATB) merupakan pembolehubah bebas yang paling mempengaruhi EI pelajar (β= 0.307, p= 0.000) diikuti dengan SN (β=.....
Thesis Published 2022 3211 hits Available
5
Abstract
Penyelidikan status pengetahuan, diagnostik kendiri serta faktor penggalak alergi tidak banyak dijalankan di Malaysia. Justeru, satu kajian permulaan dijalankan bagi tujuan mengisi kelompangan ilmu tersebut. Seramai 200 sampel (73 pelajar, 39 guru, 49 ibu dan 39 bapa) telah menjawab semua soalan tentang pengetahuan alergi menggunakan instrumen soal selidik. Seramai 173 sampel pula telah membuat diagnostik kendiri tentang status alergi sebelum menjalani ujian cucuk kulit menggunakan 36 jenis alergen yang berbeza. Hasil kajian mendapati tahap pengetahuan alergi sampel adalah rendah (min 36.8, sisihan piawai 15.15). Tahap pengetahuan guru adalah sederhana (min 49.9, sisihan piawai 11.9); pelajar, ibu dan bapa pada tahap rendah masing-masing dengan min 33.3, 34.5 dan 33.2; sisihan piawai 12.2, 15.9 dan 15.3. Kajian ini juga mendapati 58 (33.5%) mengaku mempunyai alergi tetapi hanya 13.8% yang membuat diagnostik kendirinya dengan tepat. Sebaliknya 90.4% daripada 115 (66.5%) yang mengaku tia.....
Thesis Published 2012 639 hits Available

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.