UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

3 record(s) found

1
Abstract
Bunyi bising merupakan satu perkara yang paling mengganggu kehidupan seharian penduduk berbanding dengan pencemaran lain, termasuk kebisingan trafik di pusat bandar . Kajian ini bertujuan mengenal pasti aras kebisingan trafik dan menilai persepsi guru terhadap tingkah laku pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas empat buah sekolah di sekitar pusat bandar Kuala Terengganu. Cerapan terhadap tahap kebisingan trafik dilakukan menggunakan Integrating Sound Level Datalogger Model 407780 Extech Instrument, di luar pagar, di dalam pagar dan juga di bangunan yang paling hampir dengan jalan raya pada hari bekerja dan tidak bekerja, di sebelah pagi, tengah hari dan petang. Hasil kajian mendapati bahawa aras kebisingan yang dicatatkan di kesemua sekolah yang terlibat adalah melebihi piawaian yang ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS), iaitu 65 dBA. Secara purata, SK Paya Bunga dan SM Agama Sultan Zainal Abidin mencatatkan aras kebisingan tertinggi berbanding sekolah la.....
Article Published 2015 2136 hits Available
2
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti ciri kefahaman pelajar dalam pembelajaran topik haba menggunakan teknik kartun konsep. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian penerokaan dengan kaedah temu bual. Seramai 5 orang pelajar Sekolah Menengah Atas Negeri (SMAN) 1 Kota Bima, Indonesia telah dipilih menerusi teknik pensampelan bertujuan. Instrumen kajian yang terlibat adalah senarai semak temu bual yang telah dibina sesuai dengan reka bentuk kartun konsep bagi pembelajaran topik haba. Data temu bual telah dianalisis menggunakan tiga fasa iaitu mengurangkan jumlah data, mempamerkan data dan menyimpul dan menentu sahkan. Dapatan kajian menunjukkan ciri kefahaman pelajar dalam topik haba dengan menggunakan teknik konsep kartun terdiri daripada tiga ciri iaitu dua orang pelajar dengan ciri kefahaman konsep yang baik, 2 orang pelajar dengan ciri salah faham terhadap konsep, dan seorang pelajar dengan ciri tidak faham konsep dengan baik. Kesimpulannya, teknik kartun konsep merupakan tekni.....
Article Published 2021 738 hits Available
3
Abstract
Personaliti Raja mencerminkan keperibadian seseorang ketua negara. Keperibadian yang cemerlang dan terpuji sewajarnya menjadi pegangan seorang raja, kerana ia mampu memberi impak yang positif terhadap kelangsungan sistem beraja di Malaysia. Namun tidak semua aspek ini memberi impak yang sama ke atas sistem beraja. Kajian ini bertujuan mengkaji sejauh mana personaliti raja itu sendiri memberi impak terhadap kelangsungan sistem beraja di Malaysia. Kajian ini mengguna pakai borang soal selidik sebagai instrument kajian yang diedarkan kepada 305 mahasiswa baru UiTM yang sedang menjalani sesi Minggu Destinasi Siswa. Ia memfokuskan 6 aspek personaliti raja iaitu i) pendidikan, ii) berilmu agama iii) berakhlak mulia, iv) imej dan perwatakan menarik, v) mesra rakyat dan vi) bijaksana dan berwibawa. Data kajian dijalankan analisis deskriptif dan inferensi menerusi purata skor dan analisi korelasi Pearson Chi Square. Hasil kajian mendapati kesemua aspek personaliti raja ini adalah signifikan ter.....
Article Published 2021 625 hits Available

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.