UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

3 record(s) found

1
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk menilai potensi penuaian hujan oleh penduduk di Cameron Highlands. Reka bentuk kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif melalui pencerapan sampel air hujan dan soal selidik. Empat kawasan persampelan di sekitar Cameron Highlands iaitu kawasan pertanian, petempatan, bandar dan satu kawasan lapang telah dipilih untuk diletakkan takungan air hujan bagi diuji kandungan air hujan berdasarkan Standard Kualiti Air Minuman Kebangsaan bagi melihat kesesuaian air hujan tersebut sebagai altenatif bekalan air mentah dan air minuman. Analisis kualiti air berdasarkan sela masa 3-minit dilakukan terhadap sampel yang diambil bagi kawasan lapang.Parameter kualiti air yang dianalisis ialah pH, DO, SS, BOD, NH?N, kekeruhan, Cd, Fe,Pb dan Mn. Persampelan air hujan dilakukan sebanyak dua kali bagi merangkumi musim lembap dan musim kering. Seramai 125 orang responden telah dipilih sebagai sampel bagi mendapatkan pandangan mereka tentang kualiti air hujan. Hasil kajian mendapati, .....
Thesis Published 2016 1460 hits Available
2
Abstract
Kertas ini membincangkan isu berkaitan tekanan terhadap sumber air di samping masalah sumber air bersih yang sering kali tercemar. Kajian yang dilaksanakan meneliti sumber bekalan air bersih di Daerah Cameron Highlands yang dijangkakan akan berkurangan akibat gangguan terhadap kawasan tadahan hujan yang digantikan dengan kawasan pertanian yang meningkat dengan cepat. Peningkatan enapan tanih dan bahan organik (baja dan racun) yang mencemarkan sumber air sungai yang menjadi punca bekalan air bersih bagi kegunaan penduduk terus membimbangkan. Penggunaan sistem penuaian hujan boleh dijalankan sebagai langkah mengatasi masalah ini. Penuaian hujan adalah kaedah yang dijalankan bagi pengumpulan air hujan daripada permukaan binaan seperti atap rumah atau lereng bukit masuk ke dalam tempat simpanan. Air hujan yang dikumpul dapat digunakan bagi tujuan domestik, pertanian, perindustrian dan sebagainya. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif iaitu sesi temubual untuk mendapatkan data kajian den.....
Article Published 2023 292 hits Available
3
Abstract
Tujuan utama penyelidikan ini adalah untuk mengkaji bagaimana aktiviti-aktiviti Apresiasi Seni dalam Pendidikan Seni Visual boleh meningkatkan minat pelajar-pelajar menengah rendah iaitu dari tingkatan satu hingga ke tingkatan tiga terhadap mata pelajaran Pendidikan Seni Visual. Kajian ini juga ingin melihat faktor-faktor yang boleh mempengaruhi minat pelajar seperti kaedah pengajaran dan pembelajaran, aktiviti pengajaran dan pembelajaran apresiasi seni dan alat bantu mengajar yang digunakan. Ia juga melibatkan kajian terhadap peranan guru dan hubung kait di antara faktor persekitaran seperti latar belakang ibu bapa, kawan-kawan, persekitaran sekolah, bilik seni dan juga media-media seperti komputer dan sebagainya. Metodologi kajian adalah menggunakan kaedah kualitatif iaitu dengan melakukan tinjauan ke sekolah-sekolah, iaitu SMK. Wira Jaya, Ipoh, dan SMK. Raja Chulan, Ipoh. Penyelidikan melibatkan pemerhatian,temubual dan juga rakaman visual. Pemerhatian dilakukan terhadap proses Peng.....
Thesis Published 2006 598 hits Available

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.