UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

6 record(s) found

1
Abstract
Kajian ini bertujuan menilai kesan Modul Permainan Kecil Berasaskan Teaching Games for Understanding (TGfU) dalam latihan terhadap prestasi pemain bola jaring sekolah di Pahang. Penilaian adalah terhadap membuat keputusan pemilihan serta penggunaan strategi menyerang atau bertahan, dan pelaksanaan kemahiran hantaran, menerima, memintas, mengacah, menghalang. Penilaian juga dalam aspek motivasi, keyakinan, keperluan peribadi dan pemindahan pengetahuan tentang strategi serta taktikal dalam permainan kecil. Reka bentuk kuasi eksperimen digunakan dalam kajian ini. Sampel kajian ialah 34 orang pemain pelapis bola jaring sekolah yang berumur 13 hingga 14 tahun. Instrumen kajian adalah Modul Permainan Kecil Berasaskan TGfU, borang penilaian prestasi dan persepsi nilai. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan dan peningkatan prestasi lebih tinggi bagi kumpulan eksperimen berbanding kumpulan kawalan. Analisis korelasi Pearson bagi ujian pra dan ujian pasca kumpulan ek.....
Thesis Published 2017 1579 hits Available
2
Abstract
Budaya pengasingan guru telah menjadi tradisi dalam sistem pendidikan di kebanyakan negara. Walau bagaimanapun, budaya ini dikatakan tidak berupaya meningkatkan pencapaian murid khususnya dalam arus sistem pendidikan yang semakin kompleks. Kini, reformasi terhadap sistem pendidikan melalui kolaborasi menjadi satu keperluan bagi menghadapi persaingan pendidikan di peringkat global. Namun, beberapa kajian mendapati budaya kolaborasi profesional agak sukar dibentuk dalam komuniti pembelajaran profesional. Justeru, kajian ini bertujuan untuk menganalisis dan membincangkan kajian terkini tentang budaya kolaborasi melalui komuniti pembelajaran profesional. Kajian ini adalah berbentuk sintesis penyelidikan secara kualitatif. Kerangka teori yang dirujuk dalam kajian ini adalah berdasarkan Teori Aktiviti Budaya dan Sejarah (Cultural Historical Activity Theory). Fokus kajian adalah ke atas kolaborasi guru sekolah dan sumber data diperoleh daripada artikel dan buku yang diterbitkan. Hasil kajian .....
Article Published 2019 2171 hits Available
3
Abstract
Pendidikan 4.0 (Education 4.0), salah satu inisiatif Revolusi Perindustrian ke Empat (4th IR) membawa misi baru untuk pembelajaran. Misi pembelajaran ini membolehkan setiap individu mendapat pengetahuan dan kemahiran untuk sepanjang hayat Pembelajaran dalam era revolusi perindustrian keempat ini menyokong setiap individu untuk melengkapkan diri dengan kemampuan terbaik mereka. Kajian ini bertujuan menganalisis kebersediaan universiti serta kakitangan akademik berhadapan dengan cabaran Pendidikan 4.0 melalui dua inisiatif iaitu pengurusan pengetahuan dan pembelajaran organisasi. Data dikutip menggunakan borang soal-selidik yang ditadbirkan kepada kakitangan akademik di sebuah universiti berteraskan pendidikan. Tahap kebersediaan kakitangan akademik dalam sembilan cabaran Pendidikan 4.0, pengurusan pengetahuan dalam universiti serta pembelajaran organisasi oleh ahli akademik diukur menggunakan item yang diubah suai daripada tiga sumber. Data dianalisis menggunakan statistik de.....
Research Report Published 2018 652 hits Available
4
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kornpetensi yang dimiliki oleh Pengetua sebagai pemimpin pengajaran. Kajian ini juga memperlihatkan perbezaan antara tahap kompetensi dengan keperluan kompetensi. Tahap kompetensi di sini berdasarkan ciri-ciri latarbelakang dan hubungan antara tahap, dilihat juga keutamaan kompetensi mengikut persepsi Pengetua dalam menjalankan tugas sebagai pemimpin pengajaran. Pengumpulan data dengan menggunakan borang soal selidik yang diedarkan kepada guru guru dari enam buah sekolah di Daerah Hulu Selangor. Kompetensi yang di kenal pasti meliputi bidang iaitu Kurikulum dan Pengajaran, Penyeliaan dan Penilaian Pengajaran, Perkembangan Staf, Hubungan Interpesonal, Motivasi Staf dan Pengurusan Sekolah. Untuk Penganalisaan data menggunakan Kaedah diskriptif (kekerapan dan min) serta inferential (Ujian-t, Anova sehala dan Korelasi Pearson). Hasil Kajian menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan (p>O.05) di antara kompetensi dengan kepimpinan pengajara.....
Thesis Published 2005 478 hits Available
5
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan  maklumbalas pelajar terhadap kelebihan dan kelemahan  Program Mata Pelajaran Vokasional (MPV) khususnya mata pelajaran Seni Reka Tanda (SRT) dari  perspektif pelajar. Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti jenis-jenis kemahiran yang  dipelajari dan dikuasai serta faedah yang diperolehi dari mata pelajaran SRT. Kajian ini juga cuba  mendapatkan pandangan  pelajar  tentang  masalah  yang  dihadapi  semasa  menjalani  proses  pembelajaran mata pelajaran SRT. Kajian ini adalah satu kajian deskriptif dan maklumat  diperolehi dengan menggunakan kaedah  temubual berstruktur. Sampel kajian terdiri daripada 20 orang pelajar  tingkatan  5  dari  empat   buah  Sekolah  Menengah  Kebangsaan  yang melaksanakan  program  Mata Pelajaran  Vokasional  (MPV)  Seni Reka Tanda. Temubual dengan pelajar telah dirakamkan dan didengar semula. Hasil temubual telah  ditranskripsikan dan dianalisis secara kualitatif mengikut te.....
Thesis Published 2004 369 hits Available
6
Abstract
This article aimed to design and develop Professional Learning Communities (PLCs) model and a questionnaire survey instrument for Malaysian schools using Fuzzy Delphi Method (FDM) in the Design and Development Research (DDR). In Phase 1, literature on PLCs was reviewed to identify the needs of the professional learning communities? model according to the local context. In Phase 2, an agreement of 14 experts on the questionnaire was obtained from FDM. In Phase 3, the evaluation of the questionnaire by 5 experts to assess the questionnaire?s usability was gathered. Based on the final results, a total of 121 items was accepted. The agreement of the experts was between (90% to 100%) and the value of the threshold, d was between (0.09 ? 0.18). In conclusion, FDM in DDR is significant to be applied in the development of a model, practical and cost-saving. ? 2021. Kamarudin Ismail, Rosnah Ishak & Siti Hajar Kamaruddin; published by UIKTEN. This work is licensed under the Creative Commons Attr.....
Article Published 2021 1187 hits Available

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.