AbstractKajian ini bertujuan meneroka kefahaman pelajar Biologi di sebuah kolej matrikulasi terhadap konsep kitar karbon menerusi visualisasi penjanaan kendiri (self-generated visualization). Terdapat empat objektif dalam kajian ini iaitu, meneroka pemprosesan maklumat, mengenal pasti model mental yang terhasil dalam kalangan pelajar berbeza tahap pencapaian, menganalisis kefahaman pelajar mengenai konsep kitar karbon dan seterusnya mencadangkan kerangka instruksi visualisasi penjanaan kendiri terhadap konsep kitar karbon. Reka bentuk kajian yang digunakan adalah Grounded theory. Pensampelan bertujuan digunakan untuk memilih pelajar Biologi tersebut. Data dikumpul dengan menggunakan temu bual mendalam (in-depth interview), tugasan visualisasi kitar karbon dan ujian kefahaman kitar karbon. Data temu bual dan dokumen tugasan dianalisis secara kualitatif dengan menggunakan kaedah perbandingan berterusan (constant comparison method) manakala ujian kefahaman kitar karbon dianalisis dan dilaporkan s.....