UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

4 record(s) found

1
Abstract
Mata pelajaran Bahasa Arab Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah dilaksanakan di sekolah rendah pada tahun 2011 yang dimulai dengan murid Tahun 1 sahaja dan kini dilaksanakan terhadap semua murid sekolah rendah. Dalam buku teks mata pelajaran Bahasa Arab yang diterbitkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, terdapat set lagu mengikut tajuk sebagai aktiviti cadangan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Projek kajian ini bertujuan untuk membangun dan menilai CD set lagu untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab mengikut sukatan pelajaran Tahun 1 sekolah rendah. Prosedur membangunkan CD adalah secara holistik melibatkan gubahan, rakaman, penyediaan hasil dan penilaian pakar dalam bidang Muzik dan Bahasa Arab. Hasil projek kajian mendapati bahawa CD set lagu yang dihasilkan amat menarik dengan gubahan yang tersendiri dan amat sesuai untuk digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab Tahun 1 sekolah rendah. Cadangan agar bahan bantu tersebut dapat .....
Thesis Published 2016 1596 hits Available
2
Abstract
Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti kelemahan yang terdapat dalam 12 konstruk penilaian kemahiran membaca LINUS bahasa Melayu. Setelah meneliti kelemahan-kelemahan yang wujud, kajian ini memberikan cadangan untuk penambahbaikan konstruk tersebut. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif deskriptif dengan melibatkan kajian kepustakaan terhadap 12 konstruk penilaian kemahiran membaca LINUS dan mengaplikasikan teori pengsukukataan bahasa Melayu yang diubah suai daripada teori pengsukukataan Goldsmith (2011). Hasil kajian ini menunjukkan terdapat dua kelemahan yang wujud dalam 12 konstruk penilaian tersebut, iaitu penilaian kemahiran membaca suku kata tertutup (Konstruk 4 dan 5), dan penilaian kemahiran membaca konsonan /ng/ (Konstruk 6). Konstruk 4 dan 5 tidak menghuraikan secara jelas bentuk suku kata tertutup yang perlu dikuasai oleh murid, manakala Konstruk 6 sepatutnya dimasukkan dalam konstruk suku kata terbuka atau suku kata tertutup kerana /ng/ merupakan konsonan sama se.....
Article Published 2021 635 hits Available
3
Abstract
Kajian ini merupakan kajian yang berkaitan dengan teknik pengejaan suku kata tertutup bahasa Melayu (KVK). Objektif kajian ini adalah untuk menghuraikan teknik pengejaan suku kata tertutup secara regresif (dari belakang ke depan) dengan menggunakan teori pengsukukataan bahasa Melayu. Kaedah kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah kaedah kualitatif yang menggunakan teori pengsukukataan bahasa Melayu yang diubah suai daripada teori pengsukukataan Goldsmith (2011). Kajian kualitatif yang digunakan dalam kajian ini merupakan kaedah kepustakaan, iaitu melibatkan pembacaan bahan-bahan bertulis berkaitan teori pengsukukataan Goldsmith (2011) dan pengaplikasiannya terhadap suku kata bahasa Melayu. Dapatan kajian ini adalah penjelasan yang berpada berkaitan teknik pengejaan suku kata tertutup KVK bahasa Melayu. Teknik pengejaan suku kata tertutup ini bermula dengan pembunyian fonem atau huruf yang mengikut bunyi fonem International Phonetic Alphabets (IPA) dan seterusnya proses pengejaan s.....
Article Published 2023 449 hits Available
4
Abstract
Kajian ini melihat tentang perubahan peranan pemuzik dalam teater tradisional boria pada awal abad ke-21 di Pulau Pinang. Muzik merupakan salah satu daripada lima elemen yang terdapat dalam persembahan boria. Fungsi muzik digunakan dalam segmen kedua persembahan boria oleh komponen pemuzik. Perkembangan zaman menyebabkan muzik boria yang bercirikan tradisional terpaksa bersaing dengan hiburan popular pada lewat abad ke-20 sehingga peranan pemuzik kian diabaikan oleh sebilangan kumpulan boria. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti faktor-faktor penyingkiran peranan pemuzik dalam persembahan boria pada awal abad ke-21 dan mengemukakan kelebihan disebalik penggantian pemuzik. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif yang melibatkan temu bual dengan tiga orang tokoh boria dan pemerhatian terhadap persembahan lima kumpulan boria di Pulau Pinang. Hasil kajian ini mendapati faktor utama penyingkiran peranan pemuzik dalam persembahan boria kini adalah disebabkan pembayaran yang t.....
Article Published 2023 631 hits Available

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.