UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

2 record(s) found

1
Abstract
Kelemahan mengenalpasti dan mengendalikan radas makmal kerap dikesan di peringkat pengajian sekolah menengah. Kajian eksperimen ini dijalankan untuk menguji keberkesanan kad permainan sebagai salah satu kaedah pengukuhan bagi meningkatkan pengetahuan mengenai radas makmal dalam kalangan murid tingkatan satu serta menguji penilaian murid terhadap kad permainan yang dibangunkan. Subjek dalam kajian ini adalah murid tingkatan satu di sebuah sekolah menengah. Empat puluh orang responden yang dipilih secara persampelan rawak dua peringkat telah digunakan dalam kajian ini. Satu kumpulan sebagai kumpulan rawatan, manakala satu kumpulan yang lain sebagai kumpulan kawalan. Kumpulan rawatan didedahkan dengan penggunaan kad permainan manakala kumpulan kawalan didedahkan dengan pembelajaran secara kaedah tradisional. Data dikumpul menggunakan ujian pra dan pasca dan soal selidik penilaian. Perbezaan dapatan ujian tersebut pula dilihat menggunakan statistik inferensi ujian-t, manakala skala Likert .....
Thesis Published 2016 1494 hits Available
2
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pengaruh professional learning community (PLC) dengan efikasi kendiri (EK) dan profesionalisme guru (PG) di sekolah-sekolah menengah (SM) di Negeri Selangor, Malaysia. Kajian yang menggunakan pendekatan kuantitatif ini dilakukan menggunakan reka bentuk korelasi dengan soal selidik yang diadaptasi daripada instrumen Professional Learning Community, Teacher Sense of Efficacy Scale dan Standard Guru Malaysia. Seramai 400 orang guru telah dipilih secara rawak strata berkadaran menggunakan pengelompokan mengikut 10 daerah yang terdapat di Negeri Selangor iaitu Gombak, Hulu Langat, Hulu Selangor, Klang, Kuala Langat, Kuala Selangor, Petaling Perdana, Petaling Utama, Sabak Bernam dan Sepang. Data dikumpulkan dan dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan inferens. Hasil kajian menunjukkan bahawa professional learning community berada pada tahap tinggi (M=3.99, SD=0.48), efikasi kendiri (M=4.08, SD=0.49) dan profesionalisme guru (M=4.1.....
Thesis Published 2021 3945 hits Available

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.