UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

2 record(s) found

1
Abstract
Proses pembelajaran yang berpusatkan murid berteraskan lima elemen Standard Asas Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21) iaitu Komunikasi, Kolaborasi, Kemahiran Kritis, Kreativiti serta Nilai Murni dan Etika (4K1N) sangat penting diterapkan secara bersepadu dalam pengajaran dan pemudahcaraan (PdPC) di sekolah. Kaedah pembelajaran koperatif (PK) informal menggunakan pelbagai aktiviti yang bersesuaian dapat meningkatkan kefahaman, kreativiti dan inovasi murid dengan menggunakan pendekatan berstruktur. Pembelajaran Koperatif dapat membina kemahiran personal dan interpersonal, kerja berpasukan, menerapkan nilai murni dan etika serta mewujudkan komunikasi yang efektif. Kajian ini bertujuan untuk meneroka amalan guru terhadap aktiviti pembelajaran koperatif, dengan memberi fokus terhadap pemahaman guru, pemilihan aktiviti pembelajaran koperatif dan kaedah pelaksanaan selain aktiviti pembelajaran koperatif semasa proses PdPC. Kajian kes dipilih untuk mengumpul data secara empirikal. Data dikumpul den.....
Article Published 2019 3215 hits Available
2
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan pengajaran dan pembelajaran koperatif dalam kalangan guru Pendidikan Seni Visual sekolah rendah. Secara khususnya, kajian ini juga dijalankan untuk mengukuhkan instruksional guru terhadap perancangan, pelaksanaan dan pemilihan aktiviti pembelajaran koperatif yang sesuai semasa proses pembelajaran dilaksanakan serta implikasi aktiviti pembelajaran koperatif terhadap murid pendidikan seni visual. Penerapan pembelajaran koperatif dalam diri murid adalah penting untuk meningkatkan kreativiti murid, mengembangkan keterampilan sosial murid dan pembelajaran lebih mendalam. Kajian ini menggunapakai kajian kualitatif dan informan yang terlibat adalah enam orang guru Pendidikan Seni Visual. Semua informan adalah pengajar daripada empat buah Sekolah Rintis Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21) fasa pertama, di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), yang terletak dalam daerah Johor Bahru. Pengutipan data dilaksanakan dengan menggunakan temu bual, pe.....
Thesis Published 2024 1022 hits Available

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.