UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

4 record(s) found

1
Abstract
Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk membangunkan dan menguji kesahan serta mengenalpasti kebolehgunaan permainan ‘GraviNa 5’ dalam kalangan pelajar fizik tingkatan empat. Kajian ini adalah berbentuk kajian reka bentuk pembangunan dengan menggunakan model ADDIE di mana pendekatan kuantitatif kepada 59 orang responden dilakukan. Teknik persampelan rawak mudah digunakan 59 orang pelajar fizik tingkatan empat di sekolah di daerah Alor Gajah, Melaka dan di bahagian kebolehpercayaan intrumen, kajian rintis dijalankan kepada 15 orang pelajar fizik tingkatan empat daripada sekolah yang berbeza. Kajian ini menggunakan peratusan persetujuan pakar (%) serta kaedah analisis data deskriptif dengan mengambil nilai skor min dan sisihan piawai daripada perisian Statistic Package for Social Science (SPSS). Kesimpulannya, pembangunan permainan ‘GraviNa 5’ ini telah mencapai objektif kajian di mana dapat dibuktikan mempunyai tahap kebolehgunaan yang baik dan tinggi dalam kalan.....
Final Year Project Published 2024 667 hits Available
2
Abstract
Beberapa akronim baharu telah wujud sejak dunia dilanda pandemik COVID-19. Kajian ini bertujuan mengesan dan mengetengahkan beberapa akronim baharu dalam bentuk singkatan yang muncul daripada penularan COVID-19. Kajian berbentuk kualitatif dan kuantitatif ini menggunakan kerangka pengkategorian akronim Nik Safiah Karim et.al (2013). Data diperoleh melalui mesej pesanan ringkas (SMS) yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN). Sebanyak 200 kongsian SMS mulai 30 April 2020 hingga 26 Mei 2021 kepada pengguna talian telco telah dikenal pasti dan dianalisis. Kaedah pemerhatian informasi di laman sesawang serta borang soal selidik berstruktur dirangka untuk melengkapkan dapatan kajian. Sebanyak 152 orang responden telah terlibat dan dapatan kajian mendapati bahawa terdapat akronim popular yang berkaitan dengan COVID-19 telah berakar kukuh dalam ujaran bahasa seharian masyarakat Malaysia. Penemuan ini membuktikan bahawa kewujudan akronim baharu ini telah memperkaya dan menambah akr.....
Article Published 2021 700 hits Available
3
Abstract
Kertas kerja ini meninjau tentang aspek kohesi, khususnya kehadiran kata penghubung dalam teks ucapan Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Kohesi ialah hubungan antara bahagian dalam sesebuah teks yang ditandai oleh penggunaan unsur bahasa yang mengikatnya. Penggunaan teks ucapan Tunku sebagai data kajian dilakukan kerana ada kelompangan dengan kebanyakan kajian lalu lebih memberikan tumpuan terhadap pemikiran, gaya kepimpinan dan gaya bahasa dalam ucapan beliau, namun kurang memberikan tumpuan kepada aspek linguistik. Kajian kualitatif ini menggunakan huraian oleh Nik Safiah et al. (2008) dan Sanat (2002) yang berpaksikan kerangka teori linguistik yang digagaskan oleh Halliday (1975), iaitu nahu fungsional. Nahu fungsional melihat bahasa sebagai bentuk perilaku yang bersifat fungsian, iaitu bahasa digunakan untuk memenuhi tujuan tertentu, serta turut dipengaruhi oleh konteks sosiobudaya penutur. Penggunaan kerangka ini dirasakan wajar kerana kajian ini meneliti p.....
Article Published 2021 1062 hits Available
4
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk menganalisis ayat majmuk yang terdapat dalam novel Julia karya Abu Hasan  morad tahun 2002. Aspek-aspek yang dijadikan fokus kajian ini ialah jenis-jenis ayat rnajmuk clan  struktur ayat yang digunakan rnelalui proses pembentukan struktur ayat permukaan dan ayat dalarnan  dengan menggunakan pendekatan Teori Transformasi Generatif oleh Noam Chomsky ( 1957) seperti yang  terkandung dalam Tatabahasa  Dewan Edisi Baharu oleh Nik Safiah Karim et. al (1995). Kaedah  penyelidikan yang digunakan untuk memperoleh bahan dan maklumat yang berkaitan dengan ayat majmuk  adalah melalui kaedah penyelidikan kepustakaan. Hasil kajian ini membuktikan bahawa terdapat tiga  jenis ayat majmuk yang telah digunakan secara meluas dalam novel Julia ini, iaitu ayat majmuk  pancangan dan ayat majmuk campuran. Ayat majmuk pancangan didapati lebih banyak digunakan  berbanding dengan jenis ayat majmuk yang lain. Kesimpulannya, hasil analisis yang dilakukan  menunjukka.....
Thesis Published 2004 770 hits Available

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.