UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

2 record(s) found

1
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengukur tahap amalan kemahiran PAK-21 semasa pandemik COVID-19 oleh guru pelatih bagi subjek Matematik dan juga bertujuan untuk mengukur perbezaan amalan kemahiran PAK-21 semasa pandemik COVID-19 oleh guru pelatih bagi subjek Matematik berdasarkan faktor demografi seperti umur, jantina dan kawasan penempatan latihan mengajar. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan kaedah tinjauan. Seramai 92 orang guru pelatih terlibat dalam kajian ini yang terdiri daripada dua program berbeza iaitu program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Matematik dan juga program Ijazah Sarjana Muda Sains (Matematik) dengan Pendidikan. Kaedah persampelan yang digunakan dalam kajian ini ialah persampelan rawak mudah. Secara keseluruhannya, kesemua objektif kajian telah tercapai dan persoalan kajian juga terjawab di mana guru pelatih yang mengamalkan kemahiran 4C dalam sesi PdPR semasa pandemik COVID-19 adalah pada tahap yang tinggi, amalan 4C dalam sesi PdPR yang diamalkan guru.....
Article Published 2022 1334 hits Available
2
Abstract
Universiti berperanan penting dalam melahirkan modal insan yang bermutu dan cendikiawan bijak pandai. Peranan universiti juga memberi pengaruh kepada sosio­ekonomidi sekitarnya. Kajian ini berkaitan pemetaan jenis-jenis perniagaan yang wujud sekitar kampus Sultan Abdul Jalil Shah (UPSI), Tanjong Malim, Perak menerusi aplikasi teknologi Sistem Maklumat Geografi (GIS). Operasi GIS menggunakan Nearest Features bagi mengukur jarak yang tepat dari kampus UPSI dengan setiap jenis perniagaan yang terletak dalam lokasi kajian. Faktor permintaan dan penawaran daripada penuntut dan staf UPSI serta penduduk tempatan amnya mempengaruhi letakkan sesuatu jenis perniagaan. Faktor seperti jarak, darjah ketersampaian, masa, kemudahan infrastruktur dan letakkan sesuatu jenis perniagaan dari kampus UPSI memainkan peranan penting kepada peniaga. Ini memberi kesan terhadap keuntungan setiap aktiviti perniagaan yang dijalankan di bandar Tanjong Malim dan Bandar Proton yang terletak dalam kawasan kajian. Se.....
Thesis Published 2010 846 hits Available

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.