UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

8 record(s) found

1
Abstract
Kajian  ini  bertujuan  untuk  mengenal  pasti  perbezaan  sumbangan  pelbagai  faktor terhadap pencapaian akademik pelajar sekolah menengah di negeri Kelantan. Kajian ini menggunakan  kaedah tinjauan melibatkan 1000 pelajar dari 10 buah sekolah cemerlang (500 pelajar) dan 10 sekolah  tidak cemerlang (500 pelajar). Kajian ini bersandarkan Teori Produktiviti Pendidikan sebagai teori  asas kerangka kajian. Kaedah pensampelan rawak digunakan untuk memilih daerah, sekolah dan  responden sampel kajian. Instrumen kajian ialah soal selidik pencapaian akademik (SSPA) yang dibina  mengandungi 59 item dengan kesahan dan kebolehpercayaan tinggi serta dilakukan kajian rintis  terlebih dahulu. Data kajian dianalisis menggunakan analisis regresi pelbagai dengan perisian SPSS  dan analisis laluan dengan perisian AMOS. Dapatan kajian menunjukkan faktor gaya belajar (β=0.27),  motivasi belajar (β=0.22), prestasi akademik pelajar (UPSR) (β=0.20), kualiti pengajaran (β=0.18).....
Thesis Published 2018 15766 hits Available
4
Abstract
Kajian ini bertujuan mereka bentuk, membangun dan mengkaji perbezaan kesan penggunaan koswer realiti maya dan multimedia interaktif terhadap pencapaian pelajar yang berbeza tahap kemahiran memvisualisasi ruang dan tahap kreativiti dalam pembelajaran Rumah Tradisional Melayu Terengganu. Pembinaan kedua-dua koswer ini dilakukan dengan menggunakan Model Alessi dan Trollip. Pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk kuasi eksprimen digunakan bagi menilai kesan pembelajaran menggunakan kedua-dua koswer terhadap pencapaian pelajar. Pemilihan subjek kajian dilakukan secara pensampelan rawak mudah melibatkan 187 orang pelajar yang mengambil mata pelajaran Pendidikan Seni Visual di dua buah sekolah, daerah Hulu Terengganu. Subjek kajian terdiri daripada 80 orang pelajar kumpulan koswer realiti maya dan 107 orang pelajar kumpulan koswer multimedia interaktif. Tiga jenis instrumen yang digunakan adalah ujian pencapaian bertajuk Rumah Tradisional Melayu Terengganu, Ujian Spatial Visualisation Abili.....
Thesis Published 2017 1642 hits Available
5
Abstract
The teachers’ multiple intelligences and self-efficacy beliefs seem to determine their level of effective teaching. The current study was conducted to investigate the possible relationship between Iranian English teachers’ interpersonal and intrapersonal intelligences and their selfefficacy beliefs. It further tried to explore if there was a significant difference among their selfefficacy beliefs in terms of their teaching experience. In order to collect the required data to unfold the relationship between the interpersonal and intrapersonal intelligences and self-efficacy beliefs, 140 high school English teachers were asked to complete two questionnaires including the relevant items excerpted from McKenzie’s “Multiple Intelligences Inventory” and Tschannen-Moran and Woolfolk Hoy’s “Teachers' Sense of Efficacy Scale" and a Pearson product-moment correlation test was conducted. The results of the analysis revealed that the personal intelligences were related to the teacher.....
Article Published 2020 839 hits Available
6
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk membangunkan satu alat bantu mengajar dan menilai kebolehgunaannya dalam kalangan guru Sains Tingkatan 1 untuk pengajaran subtopik Penambahan dan Penolakan Cahaya. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meningkatkan penggunaan alat bantu mengajar dalam pengajaran tajuk Penambahan dan Penolakan Cahaya seterusnya menjadikan sesi pengajaran dan pembejalaran dalam bilik darjah lebih aktif dan interaktif. Reka bentuk kajian adalah kajian pembangunan menggunakan Model ADDIE dengan pendekatan kualitatif dalam penilaian kebolehgunaan. Sampel yang dipilih adalah lima orang guru Sains Tingkatan 1 menggunakan kaedah persampelan bertujuan. Kesahan muka dan kandungan bagi kit ini melibatkan tiga orang pakar dalam bidang pendidikan sains dan memperoleh persetujuan penuh. Borang pemerhatian dan protokol temubual yang juga telah disahkan digunakan untuk menilai kebolehgunaan kit. Kit Projektor Sinar yang dibangunkan mempunyai ciri-ciri keselamatan elektrik, tidak mudah panas,.....
Final Year Project Published 2024 423 hits Available
7
Abstract
Kajian ini meneliti integrasi kecerdasan buatan (AI) dalam kurikulum mata pelajaran Matematik serta cabaran dan implikasi yang dihadapi oleh guru sekolah rendah di Pulau Bum-Bum, Semporna, Sabah. Menggunakan pendekatan kualitatif, data dikumpul melalui temubual mendalam dengan guru-guru yang terlibat secara langsung dalam pengajaran Matematik di pulau ini. Kajian menumpukan kepada pemahaman tentang pengalaman guru dalam menggunakan AI, halangan yang mereka hadapi, serta perubahan dalam peranan dan kaedah pengajaran akibat daripada penggunaan teknologi tersebut. Hasil kajian menunjukkan bahawa walaupun guru-guru mengakui potensi AI dalam meningkatkan keberkesanan pengajaran, mereka berhadapan dengan pelbagai cabaran termasuk kekangan kemahiran teknologi, kekurangan lathan khusus dan infrastruktur yang terhad. Implikasi utama intergrasi AI turut menuntut guru untuk menyesuaikan pendekatan pedagogi serta memperkukuhkan kemahiran digital bagi memenuhi keperluan pembelajaran masa kini. Kaji.....
Thesis Published 2025 153 hits Available
8
Abstract
Kajian  ini  bertujuan  mengkaji  nilai  patriotisme  dalam  novel  Leftenan  Adnan  Wira Bangsa    yang   digunakan   dalam   mata   pelajaran   Bahasa   Melayu   untuk   pelajar Tingkata.n  4.   Kajian  ini  menggunakan  teori  Teksdealisme  oleh  Abdul    Rahman Napiah.  Kaedah  kajian  yang   digunakan  adalah  reka  bentuk  kuantitatif  dengan  . gabungan  antara analisis teks, penilaian  berstruktur di dalam kelas  dan  soal selidik. Kaedah analisis teks digunakan untuk menilai watak  dan peristiwa yang menerapkan unsur  patriotisme.  Kaedah  penilaian  pra  dan  pasca  di  dalam   kelas  dijalankan  bagi menilai kebolehan pelajar terhadap mendefinisikan maksud patriotisme.  Penilaian ini dijalankan berdasarkan model penilaian formatif Tessmer. Sementara itu, soal selidik  digunakan  bagi  mengenal  pasti  kesesuaian  teks  dengan  peringkat  usia  pelajar.  Tiga jenis   instrurnen  kajianÂ.....
Thesis Published 2021 7068 hits Available

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.