AbstractKajian ini dijalankan untuk menilai tahap kecergasan fizikal dan pengetahuan pelajar
Tingkatan Enam yang memilih untuk belajar ke jurusan Sains Sukan. Kaedah tinjauan
ini melibatkan responden seramai 390 orang yang terdiri daripada 148 pelajar lelaki
dan 242 pelajar perempuan dipilih secara rawak mudah dari 10 buah sekolah
Tingkatan Enam. Bateri ujian FITNESSGRAM® dan ujian Pengetahuan Asas Konten
Sains Sukan digunakan sebagai instrumen penilaian dalam proses pengumpulan data.
Kesahan kandungan ujian Pengetahuan Asas Konten ialah r = 0.93 dan
kebolehpercayaan r = 0.77. Analisis menggunakan ujian-t tidak bersandar
menunjukkan tahap pengetahuan asas konten Sains Sukan [t (388) = -.102, p = .92 (p
> 0.05)] tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan berdasarkan jantina. Analisis
ANOVA sehala bagi tahap kecergasan fizikal secara keseluruhan antara Sekolah Mod
1, Mod 2 dan Mod 3 menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan bagi pelajar
perempuan [F (2,239) = 9.293 (p..