UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

2 record(s) found

1
Abstract
Fara’id  al-Fawa’id  al-Fikr  fi  al-Imam  al-Mahdi  (MSS  2939)  adalah  karya  tulisan Sheikh  Daud al-Fatani r.h.m yang diterjemah daripada guru beliau iaitu Sheikh Mar’i bin Yusuf r.h.m.  Kajian ini bertujuan mengenalpasti dan menganalisis secara terperinci tentang  aspek-aspek   ketauhidan,  kerasulan  dan  kesempurnaan  Islam  berpandukan prinsip-prinsip teori Takmilah.  Kajian dibuat menggunakan kaedah kepustakaan dan analisis   teks   secara   deskriptif.   Teori    Takmilah   digunakan   dalam   menganalisis kandungan teks kerana sejajar dengan konteks  kandungannya yang meletakkan tauhid sebagai tunjang utama karya bercirikan Islam. Dapatan kajian  menunjukkan bahawa naskhah  manuskrip  MSS  2939  memperlihatkan  unsur-unsur  tauhid  sejajar   dengan prinsip ketuhanan  yang bersifat Kamal. Ciri-ciri kepimpinan Islam dapat ditemukan dalam  manuskrip ini dan bertepatan dengan prinsip kerasulan yang bersifat Kamil......
Thesis Published 2019 5939 hits Available
2
Abstract
Kajian ini berfokus pada pembangunan model proses pembinaan buku teks Bahasa Melayu untuk peringkat sekolah rendah di Singapura, dengan penekanan kepada keberkesanan buku teks terhadap pengajaran dan pembelajaran. Dalam kajian ini, pengkaji juga memberikan tumpuan kepada keupayaan model yang dibangunkan untuk memastikan mutu buku teks Bahasa Melayu yang dihasilkan sesuai dengan standard kualiti yang ditetapkan. Reka bentuk kajian ini menggunakan pendekatan Reka Bentuk dan Pembangunan (DDR) yang terdiri daripada tiga fasa: iaitu, analisis keperluan, reka bentuk dan pembangunan, dan penilaian terhadap kebolehgunaan model. Metodologi kajian ini melibatkan analisis dokumen, senarai semak, soal selidik dan temu bual dengan guru, pelajar dan beberapa pakar yang terlibat dalam pembinaan buku teks Bahasa Melayu di Singapura. Dapatan kajian ini terdiri daripada elemen-elemen penting proses pembinaan buku teks Bahasa Melayu iaitu, pengenalpastian keperluan pengguna, pengkonsepan, penulisan, kons.....
Thesis Published 2025 266 hits Available

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.