AbstractTujuan kajian ini adalah untuk membina dan mendapatkan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen penilaian Pendidikan Luar. Instrumen ini berbentuk soal selidik yang terdiri dari komponen pengetahuan strategik, kecekapan perlakuan dan afektif. Soal selidik ini diadaptasi dan diubahsuai dari Tennessee Self Concept Questionnaire, Multifactor Leadership Questionnaire (MLQ), Participant Motivation Questionnaire (PMQ), Cooper Smith Inventory, Group Environment Questionnaire (GEQ) dan Manual Pendidikan Luar (MPL). Sebanyak 95 item soal selidik yang telah dikenal pasti dan dibina diuji ke atas 100 orang subjek lelaki dan perempuan berumur 15 dan 16 tahun dalam kajian rintis. Kaedah factor analysis, Cronbach alpha dan kesahan pakar digunakan bagi mendapatkan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen ujian. Analisis Pearson Product Moment menunjukkan nilai kesahan pakar terhadap instrumen penilaian adalah 0.89 - 0.90 dan nilai kebolehpercayaan 0.89. Berdasarkan factor analysis kaedah pencabutan Princ.....