UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

10 record(s) found

1
Abstract
The research is aimed to find the most efficient implementation strategies  by Gauss numerical   methods  for  solving  stiff  problems  and  the  best  error  estimation  in  the variable  stepsize setting. The numerical methods considered as a research methodology are  the  2-stage   (G2)  and  3-stage  (G3)  implicit  Runge-Kutta  Gauss  methods.  Two strategies  by Hairer  and   Wanner  (HW)  and  Gonzalez-Pinto,  Montijano  and  Randez (GMR)  schemes  were  implemented.  The   variable  stepsize  setting  employed  the simplified Newton is modified to fit according to HW and  GMR schemes in solving the nonlinear  algebraic  systems  of  the  equations.  The  error   estimation  for  the  variable stepsize setting is computed using extrapolation technique with stepsizes  h  and  h  2 . HW and GMR schemes used the transformation matrix T to improve the efficiency of the methods and  also compared with the mod.....
Thesis Published 2021 2937 hits Available
2
Abstract
Pembaharuan atau inovasi sentiasa dilakukan oleh pengarang yang prolifik dalam berkarya dengan menghadirkan pelbagai sumber dan idea untuk meletakkan teks ciptaannya mencapai tahap keunggulan. Justeru, kepelbagaian dan kesegaran sumber menjadi keutamaan seseorang pengarang dalam berkarya. Jong Chian Lai sebagai penulis yang prolifik di Sarawak sedar akan kepentingan melakukan pembaharuan dalam menghadirkan sumber dan idea yang baharu dalam teks-teks ciptaannya. Sehubungan itu, makalah ini bertujuan untuk menganalisis prinsip kehadiran dalam tiga buah novel karya Jong Chian Lai berdasarkan teori Teksdealisme. Teori Teksdealisme mengandungi empat prinsip yang dapat digunakan untuk mengukur tahap kualiti kepengarangan seseorang pengarang. Kajian ini hanya mengaplikasikan prinsip kehadiran untuk menganalisis novel Gugurnya Langit Hijau Nanga Tiga (1986), Pemberontakan (1994) dan Ensera Marga Timur dari St Anthony (2009). Kajian ini menggunakan kaedah analisis teks dan kaedah kepustakaan. H.....
Article Published 2019 781 hits Available
3
Abstract
Kajian barangan berjenama persendirian yang telah dilakukan sebelum ini lebih tertumpu kepada pembelian pengguna terhadap barangan berjenama persendirian syarikat swasta. Oleh yang demikian, kajian ini memfokuskan kepada peranan Kedai Rakyat 1 Malaysia (KR1M) yang merupakan kedai barangan berjenama persendirian kerajaan. Objektif kajian ini ialah mengenal pasti dimensi imej kedai yang mempengaruhi pengurusan kos sara hidup. Berdasarkan kajian literatur, peranan KR1M telah diterjemahkan sebagai imej kedai yang merangkumi dimensi barangan, persekitaran, perkhidmatan, kebolehcapaian, reputasi, promosi, fasiliti dan perkhidmatan selepas pembelian. Manakala, keputusan pembelian di KR1M diangkat sebagai pengurusan kos sara hidup. Model psikologi persekitaran iaitu Stimulus-Organism-Response (S-O-R) (Mehrabian,1974) telah dijadikan teori asas kepada kerangka kajian ini. Stimulusnya ialah imej kedai, pembeli barangan KR1M ialah organisma dan pengurusan kos sara hidup adalah respons. Sejumlah 3.....
Article Published 2020 1461 hits Available
4
Abstract
This research focuses on the implementation strategies by the implicit Runge-Kutta Gauss methods in solving Robertson problem using variable stepsize setting. This research considers ideas of implementation strategies by Hairer and Wanner (HW) and Gonzalez-Pinto, Montijano and Randez (GMR) schemes that uses a certain transformation matrix T to improve the efficiency of the numerical methods. Both implementations use simplified Newton iterations to solve the nonlinear algebraic equations for the implicit methods. These implementation strategies are compared with the modified Hairer and Wanner (MHW) scheme without using any transformation matrix T. The numerical methods considered are the implicit 3-stage Gauss (G3) method of order-6. The numerical results are given for Robertson problem which is a chemical reaction stiff problem. The variable stepsize setting is adapted in Matlab code that estimates the error using symmetrization technique. Based on the numerical experiments, it is obse.....
Article Published 2021 925 hits Available
5
Abstract
Sesebuah karya sastera membolehkan masyarakat menjiwai unsur dan nilai dari segi kemanusiaan, kemasyarakatan, kebudayaan dan menanam perasaan bangga dan cinta kepada tanah air. Hal ini dikatakan demikian kerana sesebuah karya sastera memaparkan secara keseluruhan sosiobudaya dan sosioekonomi yang melatari sesebuah masyarakat. Walau bagaimanapun, kemelut dan pergolakan yang berlaku dalam masyarakat wajar dirungkai agar berupaya memperlihatkan perjuangan mereka khususnya dari sudut Sosiologi. Justeru, makalah ini bertujuan untuk menganalisis kandungan novel Melanau Aku Tidak Pernah Menolak Takdirnya karya Dahiri Saini (2020) dari segi penulis dan teks, isu-isu sosial dan kesannya kepada khalayak. Oleh sebab karya ini amat erat hubungannya dengan aspek sosial, maka kajian ini mengaplikasikan Teori Sosiologi dengan memberikan fokus kepada tiga daripada empat kaedah krtitikan dalam teori ini, iaitu penulis dan teks, isu-isu sosial dan kesan teks kepada khalayak. Kajian ini menggunakan kaeda.....
Article Published 2021 909 hits Available
6
Abstract
Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu dan sangat mencabar ini, mahasiswa juga merupakan salah satu golongan yang terjejas. Peningkatan kos sara hidup dalam kalangan mahasiswa menjadikan mahasiswa bukan sahaja berhadapan isu pembelajaran semata-mata, sebaliknya turut membimbangkan kos harian bagi meneruskan pengajian di peringkat tinggi. Justeru, satu kajian telah dilaksanakan melibatkan mahasiswa di Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris untuk mengenal pasti sumber kewangan dan bentuk perbelanjaan mahasiswa serta mengkaji kesan kos sara hidup terhadap akademik mahasiswa. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif iaitu melalui pengedaran link google form. Responden kajian ini melibatkan seramai 312 orang mahasiswa yang berstatus aktif di Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Analisis data menggunakan Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 28.0 iaitu frekuensi dan analisis. Berdasarkan penemuan kajian menunjukkan majoriti mahasiswa mempunyai sumber kewa.....
Article Published 2024 646 hits Available
7
Abstract
Artikel ini membincangkan kegiatan ekonomi Kelantan pada tempoh 1950-an hingga 1970-an. Pertanian sara diri merupakan kegiatan ekonomi utama di Kelantan pada sebelum tahun 1950. Ciri-ciri perpetanian dan pedesaan ini kekal sehinggalah menjelang pasta kemerdekaan. Keadaan ini memberikan keunikannya tersendiri kepada negeri tersebut khususnya dalam mempengaruhi sosiobudaya masyarakatnya. Selepas tahun 1950 keadaan masih tidak banyak berubah. Orang Melayu Kelantan rata-rata tinggal di kawasan luar bandar dengan pertanian masih merupakan mata pencarian yang utama. Hanya sebilangan kecil yang menetap di bandar dan melibatkan diri dalam lapangan perniagaan, perburuhan dan menjawat jawatan dalam perkhidmatan kerajaan. Ekonomi secukup hidup ini sedikit sebanyak telah merencatkan usaha kerajaan membangunkan negeri tersebut. Kadar penghijrahan yang tinggi dan kemiskinan dalam kalangan rakyatnya menggambarkan realiti dan situasi sebenar keadaan ekonomi Kelantan pada tempoh tersebut...
Article Published 2014 1266 hits Available
10
Abstract
Buku ini merupakan bahan bacaan untuk kanak-kanak berumur 6 hingga 11 tahun yang berkaitan bagaimana kanak-kanak boleh menjadi seorang adiwira dalam memahami serta menangani wabak pandemik Coronavirus Disease 2019 (COVID-19). Watak utama ialah seorang kanak-kanak perempuan bernama Sara bersama ibunya yang merupakan seorang saintis yang berperanan untuk menangani COVID-19. Buku ini menyerlahkan konteks situasi kanak-kanak yang berimaginasi untuk melaksanakan sesuatu menurut tafsiran dan pengalamannya. Dalam mimpinya, Sara bertemu dengan seekor naga, iaitu Ario yang membawanya terbang merentasi sempadan negara untuk menyelami perasaan kanak-kanak lain dalam memahami dan menghadapi COVID-19. Dalam pengembaraan ini, Sara dan Ario saling berkongsi nasihat serta pengalaman dengan beberapa orang kanak kanak lagi, iaitu Salem, Sasha, Leila dan Kim dalam usaha menghadapi COVID-19. Buku ini turut mempersembahkan ekspresi linguistik yang signifikan dengan topik serta ilustrasi lakaran watak yang .....
Article Published 2020 1598 hits Available

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.