UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

7 record(s) found

1
Abstract
This study conducted explains the use and the effectiveness of contextual learning in the teaching of ESL writing skill. The research methodology applied was experimental using the pre-test and post-test. Additional data was also gathered from questionnaire which provided further insight on factors that would affect the successful implementation of contextual learning in schools. The results indicated that the average and low ability group students gained by the implementation of contextual learning. Contextual learning too promoted collaborative and learner-centered learning environment when students engaged in writing process. The significance and implication of the results as well as direction for future research are also discussed...
Thesis Published 2005 2401 hits Available
2
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti, menganalisis tujuan penggunaan dan mengkaji gaya penulisan isu-isu sosial yang dipaparkan dalam sajak moden Tamil Malaysia. Sejumlah tujuh puluh tiga antologi sajak moden yang dihasilkan dari tahun 1979 - 2010 dipilih sebagai bahan kajian. Kaedah kualitatif iaitu kajian perpustakaan dan analisis teks serta teori sosiologi perspektif functionalis digunakan. Pola perbincangan kajian ini tertumpu kepada masalah sosial, ekonomi dan pendidikan. Dapatan kajian menunjukkan daripada sembilan puluh tiga buah sajak moden yang dikaji, lima puluh lima buah sajak moden menggambarkan isu-isu sosial, enam belas buah sajak moden menggambarkan isu-isu ekonomi dan dua puluh dua buah sajak moden menggambarkan isu-isu pendidikan. Sajak-sajak moden ini dihasilkan bagi tujuan memberi pengajaran, meluahkan perasaan tidak puas hati, mencerminkan pergolakan hidup serta memberi kesedaran dan amaran. Para penyajak menggunakan teknik simile, imej, metafora, paradoks, sim.....
Thesis Published 2017 1240 hits Available
3
Abstract
Tujuan utama kajian ini adalah untuk meninjau tahap kepimpinan guru dalam kalangan guru SK Asli, Negeri Sembilan. Instrumen soal selidik Teacher Leadership Self-Assessment (TLSA) telah digunakan untuk mengukur tahap kepimpinan guru. Rekabentuk kajian kuantitatif ini melibatkan seramai 50 orang responden yang telah dipilih secara rawak mudah. Capaian analisis I-CVI (0.83 hingga 1.00), S-CVI (0.97 hingga 1.00) dan Pekali Kappa (0.81 hingga 1.00) membuktikan instrumen dalam kajian ini mempunyai kesahan kandungan yang tinggi. Seterusnya, nilai alfa Cronbach, Cronbach’s Alpha if Item Deleted, Inter-Item Correlation dan Corrected Item-Total Correlation menjelaskan bahawa instrumen TLSA dalam kajian ini mempunyai kebolehpercayaan yang baik. Data soal selidik dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif. Hasil menunjukkan kepimpinan guru di sekolah-sekolah kajian berada pada tahap yang tinggi (min= 4.46, SP=0.42). Implikasinya, kepimpinan dalam kalangan guru perlu diutamakan kerana gur.....
Article Published 2021 1135 hits Available
4
Abstract
Kerintangan yang dihadapai sewaktu Pendemik Covid-19 telah memberi kesedaran kepada semua pihak yang terlibat bekerjasama dalam pembangunan pendidikan untuk membaik pulih sistem pendidikan. Pada masa yang sukar ini, guru besar diberi tanggungjawab untuk mengurus sekolah sebaik mungkin agar peluang pembelajaran berterusan kepada semua murid ditawarkan tanpa sebarang halangan. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap amalan kepimpinan lestari guru besar di empat buah Sekolah Kebangsaan Asli (SK Asli), Negeri Sembilan. Reka bentuk kuantitatif berkonsepkan tinjauan telah pun diimplentasikan dalam kajian ini. Seramai 50 orang guru yang dipilih secara rawak mudah telah dijadikan sampel menggunakan instrumen Sustainable Leadership Questionnaire (SLQ). SPSS 25.0 telah digunakan untuk menganalisis data kajian. Dapatan menunjukkan bahawa tahap amalan kepimpinan lestari guru besar berada pada tahap tinggi (min=4.55, SP=0.43) di semua empat buah sekolah kajian. Dapatan kajian ini diharap.....
Article Published 2022 709 hits Available
5
Abstract
Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti hubungan antara amalan organisasi pembelajaran, amalan kepimpinan lestari guru besar dan kepimpinan guru serta peranan amalan organisasi pembelajaran sebagai mediator dalam hubungan antara amalan kepimpinan lestari guru besar dan kepimpinan guru di sekolah kebangsaan dalam komuniti orang asli. Reka bentuk kajian ini menggunakan pendekatan berbentuk kuantitatif dengan kaedah tinjauan melibatkan seramai 518 orang guru yang berkhidmat di sekolah kebangsaan dalam komuniti orang asli seluruh Malaysia. Data yang dikutip telah dianalisis secara deskriptif dan inferensi berbantukan perisian SPSS 25.0 dan juga AMOS 24.0. Hasil kajian menunjukkan wujud korelasi antara amalan organisasi pembelajaran dengan amalan kepimpinan lestari guru besar (r = 0.815), amalan kepimpinan lestari guru besar dengan kepimpinan guru (r = 0.652) dan amalan organisasi pembelajaran dengan kepimpinan guru (r = 0.678). Data kajian yang dicerap sepadan (fit).....
Thesis Published 2023 1420 hits Available
6
Abstract
Abstarct: This study was carried out in order to make a rapid and innovative assessment of tamil language learning pedagogy through an activity called 'Wordwall'. This app is very popular for the students. This app helps to gather data in a wide way and also to raise students' achievement levels (Idrus, et al, 2021). Six students from Ladang Pathak Rapid Estate Tamil School were subjected to this study. This study is based on the principle of 'Teori Pembelajaran Kognitif' (Woolfolk, 1998). Data from this study have been collected using tools such as predictive selection and regression selection. Therefore, the results of this study confirm that wordwall, an application in the teaching of Tamil language learning, helps in making the best possible assessment...
Article Published 2022 584 hits Available
7
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti, menganalisis dan meneliti kekuatan prinsip aram (kebenaran) daripada Tirukkural dalam antologi cerpen oleh Pavai yang bertajuk Tiravi. Pendekatan kualitatif telah digunakan dalam kajian ini, iaitu kaedah kajian kepustakaan dan kaedah analisis teks yang berasaskan teori Deontologi Immanuel Kant. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa dua belas nilai aram daripada Tirukkural dapat dikenal pasti dalam dua puluh tujuh cerpen yang dianalisis. Dari segi penyisipan aram daripada Tirukkural, dua belas cerpen Pavai telah berjaya menggabungkan nilai aram ke dalam cerita mereka. Dari aspek kekuatan aram, didapati bahawa sembilan daripada dua puluh tujuh cerpen yang dikaji menunjukkan unsur yang baik dalam menyokong plot cerita pendek Pavai. Berdasarkan dapatan ini, dapat disimpulkan bahawa penulis cerpen telah berjaya memasukkan nilai aram daripada Tirukkural dalam antologi cerpen beliau yang bertajuk Tiravi. Hasil kajian ini juga dapat meningkatkan pemah.....
Thesis Published 2025 91 hits Available

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.