UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Total records found : 2
Simplified search suggestions : Saravanan P Veeramuthu
12021
article
Persepsi pelajar terhadap kesan pembelajaran Kesusasteraan Melayu secara dalam talian
Saravanan a/l P. Veeramuthu
Kesan daripada pandemik COVID-19 turut terasa dalam dunia Pendidikan Tinggi Malaysia. Hal ini telah menyebabkan konvensi pengajaran bersemuka yang selama ini menjadi tradisi terpaksa diubah kepada pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian. Artikel ini cuba merungkaikan dua objektif kajian, iaitu mengenal pasti persepsi pelajar tentang kelebihan dan kelemahan pembelajaran Kesusasteraan Melayu dalam talian serta mengenal pasti korelasi antara persepsi pelajar dengan kesan pembelajaran kesusasteraan Melayu dalam talian. Kajian kuantitatif secara tinjauan melalui soal selidik menggunakan sampel yang terdiri daripada pelajar prasiswazah yang mengikuti kursus kesusasteraan Melayu sebagai major mereka di salah sebuah universiti tempatan. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa berdasarkan persepsi pelajar, aspek kelebihan pembelajaran Kesusasteraan Melayu dalam talian mencapai min sebanyak 3.433 dengan sisihan piawai sebanyak 0.702 manakala min keseluruhan bagi kelemahan pembelajaran kesu.....

401 hits

22023
article
Pemerkasaan komuniti sebagai elemen kepemimpinan Orang Semai dalam Novel Ludaad
Saravanan P. Veeramuthu
Artikel ini cuba meninjau elemen kepemimpinan Orang Semai dengan memberi tumpuan kepada pemerkasaan komuniti. Kajian ini akan mengkaji bagaimana elemen kepimpinan dalam masyarakat Semai tercermin dalam karya sastera iaitu novel Ludaad. Watak Penghulu Busu serta pemimpin-pemimpin lain akan dilihat sebagai ketua yang memimpin masyarakat Semai dalam latar novel ini. Masyarakat Semai memiliki nilai-nilai unik seperti kolektivisme dan penglibatan komuniti yang menekankan pentingnya hubungan harmoni dan saling membantu dalam kehidupan. Mereka menekankan tanggungjawab bersama dan mencapai konsensus untuk memastikan keputusan yang diambil mempertimbangkan kepentingan bersama. Penelitian ini mendapati bahawa pemerkasaan komuniti merupakan elemen penting dalam model kepemimpinan bagi masyarakat Semai Orang Asli. Model kepemimpinan mereka mencerminkan pemahaman ini dengan memberikan keutamaan kepada penggunaan tanah yang lestari dan pemuliharaan sumber daya alam. Kata Kunci: pemerkasaan komuniti.....

79 hits

Filter
article ... (3)



Specific Period







Top 5 related keywords

+Saravanan +P +Veeramuthu




Recently Access Item

No recently access item.


Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.