AbstractArtikel ini bertujuan untuk melihat isu dan krisis Perlembagaan Persekutuan serta implikasinya terhadap badan kehakiman, Yang Di-Pertuan Agong, Majlis Raja-Raja, perundangan, agama Islam dan gerakan Islam di negara ini dalam krisis Perlembagaan Persekutuan 1988. Krisis Perlembagaan Persekutuan 1988 membawa kepada pengharaman parti UMNO, konflik antara eksekutif dan badan kehakiman dan pindaan perlembagaan bagi mengurangkan bidang kuasa badan kehakiman. Hasil kajian menunjukkan bahawa konflik yang berlaku pada tahun tersebut menyebabkan tercetusnya krisis Perlembagaan Persekutuan 1988 yang akhirnya membawa kepada perluasan kuasa Perdana Menteri. Selain itu, terdapat juga faktor lain yang turut menyumbang kepada tercetusnya konflik dan krisis antaranya adalah kekalahan kes yang melibatkan pihak eksekutif dan kerajaan dalam mahkamah. Atas faktor ini, Perdana Menteri menyifatkan hakim sebagai tidak memihak kepada kerajaan atau anti-kerajaan. Krisis ini juga membawa kepada penggantungan per.....