AbstractKesedaran inovasi visualisasi dalam pendidikan asas sains komputer merujuk kepada penggunaan teknologi visual seperti animasi, grafik bergerak dan realiti tambahan untuk meningkatkan pembelajaran. Abstrak ini menekankan kepentingan kesedaran tentang kuasa visualisasi, yang semakin kritikal dalam era teknologi yang dominan. Beberapa aspek utama yang ditekankan termasuk keupayaan inovasi visualisasi untuk menyampaikan konsep yang kompleks dengan lebih mudah kepada pelajar, meningkatkan minat pelajar terhadap sains komputer dan menyediakan pelajar untuk tuntutan industri yang semakin bergantung kepada teknologi. Dengan menggunakan media audio-visual dan teknologi visual seperti komik digital, simulasi, multimedia dan realiti tambahan, inovasi visualisasi membentuk persekitaran pembelajaran yang menarik. Selain itu, topik ini juga merangkumi masalah yang perlu diberi perhatian seperti pengintegrasian inovasi visualisasi dalam kurikulum, perbezaan pencapaian dan pemahaman konsep pembelajara.....