UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

3 record(s) found

1
Abstract
Kajian  ini  bertujuan  untuk  mengkaji  hubungan  antara  burnout  dengan  kepuasan kerja dalam  kalangan guru Tadika Islam,Perak. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk   melihat   tiga    aspek   dalam   burnout   iaitu   keletihan   emosi,   gangguan keperibadian kendiri dan pencapaian  peribadi. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif yang melibatkan reka bentuk tinjauan  deskriptif. Seramai 118 orang guru Tadika  Islam,  Perak  dipilih  secara  rawak  untuk  dijadikan   sampel  bagi  kajian  ini. Satu set soal selidik yang terdiri daripada Maslach burnout inventory  (MBI-ES) di sediakan  oleh  Fatima  Eid  Zaid  dan  Majed  Mohammad  (2017)  digunakan  untuk  mengukur tahap burnout guru Tadika Islam,Perak dan satu set soal selidik Teacher Job Satisfaction  Questionnaire (TJSQ) disediakan oleh Cheng dan Chen (2011) di gunakan  bagi  mengukur  kepuasan   kerja  dalam  kalangan  guru.  Data  kajianÂ.....
Thesis Published 2019 3794 hits Available
2
Abstract
Kajian ini bertujuan mengenal pasti pengaruh penerimaan media sosial dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) guru sains di sekolah menengah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Enam faktor penerimaan seperti jangkaan prestasi, jangkaan usaha, pengaruh sosial, tabiat, motivasi hedonis, dan inovasi peribadi dianalisis melalui tinjauan kuantitatif dengan menggunakan soal selidik dalam talian. Seramai 30 guru menjadi responden untuk kajian rintis dan 175 guru untuk kajian sebenar. Analisis data melibatkan analisis deskriptif dan inferens. Hasil analisis deskriptif menunjukkan penerimaan media sosial di kalangan guru sains pada tahap sederhana dan tinggi untuk faktor penerimaan yang dikaji dan juga bagi niat perilaku. Sementara itu, analisis inferens korelasi dan regresi dilakukan bagi menunjukkan kekuatan hubungan dan pengaruh faktor penerimaan media sosial dalam PdP guru sains sekolah menengah. Hasil analisis korelasi mendapati nilai pekali korelasi (r) menunjukkan faktor penerim.....
Thesis Published 2024 4208 hits Available
3
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk menentukan hubungan antara tabiat, motivasi hedonis dan pengaruh sosial dengan tingkah laku guru sains sekolah menengah terhadap penerimaan media sosial. Kajian ini melibatkan 175 guru sains dari pelbagai sekolah menengah di daerah Bangsar Pudu, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Data dikumpul menggunakan instrumen soal selidik berpandukan skala Likert lima mata. Seramai 30 guru sains terpilih dalam kajian rintis untuk menilai kebolehpercayaan dan kesahan instrumen. Hasil ujian kajian rintis menunjukkan bahawa instrumen yang digunakan boleh dipercayai dan boleh digunakan untuk kajian sebenar. Program Statistical Package for the Social Science (SPSS) 26.0 digunakan untuk menganalisis data yang diperoleh. Skor min dan sisihan piawai dinilai melalui analisis statistik deskriptif, manakala hipotesis kajian diuji melalui analisis statistik inferensi korelasi Pearson. Secara keseluruhannya, hasil kajian mendapati faktor tabiat,motivasi hedonis dan pengaruh sosial be.....
Article Published 2024 326 hits Available

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.