AbstractKajian ini bertujuan membina Instrumen Saringan Kemahiran Vokasional (ISKV)
Murid Berkeperluan Khas Masalah Pembelajaran (MBKMP) di Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI)
bagi persediaan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM). Pembinaan instrumen ISKV berpandukan Model
Pembinaan Instrumen McIntire dan Miller (2007) melalui tiga Fasa iaitu Fasa Satu (Analisa), Fasa
Dua (Pembinaan Instrumen) dan Fasa Tiga (Pelaksanaan Kajian). Kajian melibatkan seramai 216 orang
guru di 72 Program Pendidikan Khas Integrasi di negeri Selangor. Instrumen kajian terdiri daripada
182 konstruk iaitu tiga konstruk Demografi, 81 konstruk Kemahiran Bahasa dan 98 konstruk Kemahiran
Vokasional setelah melalui proses pengguguran 21 item bagi konstruk Kemahiran Bahasa dan sebanyak
16 item ditambah bagi konstruk Kemahiran Vokasional untuk pelaksanaan proses saringan ISKV terhadap
MBKMP. Dapatan kajian ini telah mengenal pasti dua konstruk utama dalam ISKV iaitu Kemahiran Bahasa
dan Kemahiran Vok.....