UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

3 record(s) found

1
Abstract
Kajian ini bertujuan membina instrumen bagi menilai amalan pentaksiran guru Matematik sekolah menengah. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini melibatkan dua fasa, iaitu kajian literatur dan kajian rintis. Dapatan daripada kajian literatur mengenal pasti dua komponen utama iaitu, ciri-ciri sedia ada guru Matematik dan amalan guru Matematik. Ciri-ciri sedia ada guru Matematik merangkumi empat konstruk iaitu kepercayaan dan nilai guru, pengetahuan guru, kemahiran guru dan sikap guru. Manakala, amalan guru Matematik pula terdiri daripada lima konstruk iaitu cetakan biru mata pelajaran, hasil pembelajaran, hasil sasaran yang dijangka, folio A dan folio B. Dapatan daripada kajian rintis adalah kesahan kandungan dan kebolehpercayaan instrumen. Lima orang pakar yang terdiri daripada pensyarah universiti dan guru sekolah yang berpengalaman dalam bidang Pendidikan Matematik telah mengesahkan kandungan instrumen yang dibina. Kajian rintis juga mendapati bahawa nilai pekali kebolehpercayaacn iala.....
Thesis Published 2015 1985 hits Available
2
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti penerapan kemahiran berfikir kritis dan kreatif (KBKK) ke atas pelajar tingkatan empat melalui pendekatan pembelajaran berasaskan masalah (PBM) bagi pembelajaran Nutrisi. Kajian ini melibatkan 68 orang pelajar. Kaedah kajian kuantitatif digunakan dalam kajian ini dengan melibatkan ujian statistik deskriptif dan disokong sebahagiannya oleh kaedah kualitatif. Protokol "The Classroom Assessment Scoring System (CLASS) digunakan sebagai instrumen dalam kajian inL Pengumpulan data dan pemerhatian dijalankan terhadap aktiviti pembelajaran melibatkan empat aktiviti pembelajaran iaitu teknik penyoalan, pengajaran melalui penggunaan contoh, tugasan kerja rumah atau folio dan eksperimen. Dapatan kajian menunjukkan min skor penerapan KBKK adalah tinggi (min = 4.1, S.P = 0.76). Kajian juga menunjukkan terdapat perubahan positif terhadap KBKK pelajar dalam proses pembelajaran Nutrisi dengan pendekatan PBM. Implikasinya, penerapan KBKK bagi pembelajaran Nutris.....
Thesis Published 2014 1378 hits Available
3
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk membina satu instrumen penilaian bagi menilai amalan pentaksiran guru Matematik sekolah menengah. Instrumen ini adalah berbentuk rubrik dua lapis. Berdasarkan tinjauan literatur, instrumen kajian dibina merangkumi dua komponen utama: (1) ciri-ciri sedia ada yang dimiliki guru; serta (2) amalan yang dilakukan. Komponen pertama terdiri daripada empat konstruk iaitu kepercayaan dan nilai guru, pengetahuan, kemahiran dan sikap. Komponen kedua, amalan yang dilakukan guru terdiri daripada lima konstruk iaitu blueprint mata pelajaran, hasil pembelajaran, hasil sasaran yang dijangka, folio A dan folio B. Adalah diharapkan artikel ini dapat memberi gambaran mengenai instrumen penilaian amalan pentaksiran guru Matematik sekolah menengah yang dibina...
Article Published 2014 6268 hits Available

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.