UPSI Digital Repository (UDRep)
|
![]() |
|
Total records found : 5 |
1 | 2022 Thesis | Kesan intensiti beban \"wearable resistance\" semasa protokol pemanasan badan ke atas biokekanik tendangan sukan Taekwondo Tuan Muhammad Shafiq Tuan Ibrahim Kajian ini bertujuan untuk menentukan dan membandingkan kesan intensiti “wearable
resistance” terhadap protokol pemanasan badan terhadap biomekanik tendangan dalam
kalangan atlet Taekwondo. Pembahagian intensiti “wearable resistance” dibahagikan
kepada tiga kategori iaitu 0%, 5% dan 10% daripada jisim badan, dan diukur terhadap
kinematik, kinetik dan pengaktifan otot semasa lakuan tendangan hadapan dan
tendangan kapak. Seramai 25 orang atlet lelaki Taekwondo direkrut untuk kajian ini
dengan nilai min dan sisihan piawai tinggi (174.00 ± 4.76 sm), berat (75.93 ± 13.64 kg)
dan umur (22.57 ± 1.36 tahun) direkodkan. Hasil kajian menunjukkan bahawa hanya
otot bicep femoris P < 0.05 iaitu (p= 0.04) menunjukkan perbezaan yang lebih tinggi
antara ketiga-tiga beban “wearable resistance” untuk tendangan hadapan dan tiada
perbezaan yang signifikan bagi pembolehubah untuk tendangan kapak. Walaupun
kebanyakan pembolehubah merekodkan tiada peningkatan yang signifikan tetapi ..... 923 hits |
2 | 2023 Article | Analisis fizikal dan mineral Tembikar Tanah di Gua Lubang Kelawar Bukit Batu Tambah, Hulu Kelantan Muhamad Shafiq Mohd Ali Tembikar tanah merupakan antara artifak yang biasa dijumpai sewaktu kerja ekskavasi arkeologi sama ada prasejarah atau protosejarah. Tembikar tanah merupakan antara peralatan yang digunakan oleh masyarakat prasejarah sebagai alatan kegunaan dalam kehidupan seharian. Tembikar tanah yang dijumpai di tapak arkeologi perlu diketahui sama ada ia dibuat oleh masyarakat setempat atau dibawa dari luar. Oleh yang demikian, kajian secara analisis kimia perlu dilakukan untuk mendapatkan kandungan mineral dan unsur tembikar tanah supaya dapat dibandingkan dengan sampel tanah liat yang terdapat di kawasan tersebut. Perbandingan ini untuk mendapatkan kepastian sama ada tembikar prasejarah tersebut, dibuat di sekitar kawasan jumpaan atau dibawa dari luar. Hasil daripada kajian ini mendapati, tembikar yang dijumpai sewaktu ekskavasi di Gua Lubang Kelawar dibawa dari kawasan lain. Selain itu, dipastikan juga tembikar ini dibakar secara terbuka kerana suhu pembakaran yang tidak sekata. Kandungan unsur t..... 192 hits |
3 | 2023 Article | Analisis keperluan pembangunan modul pendidikan keusahawanan kanak-kanak melalui keadah bermain Mohamad Shafiq Zaini Artikel ini bertujuan untuk menganalisis keperluan pembangunan modul pendidikan keusahawanan kanak-kanak melalui kaedah bermain. Secara umumnya kajian ini memfokuskan kepada kepentingan ciri dan elemen keusahawanan yang akan diterapkan dalam diri setiap insan khususnya kanak-kanak. Perkara yang diambil perhatian dalam kajian ini dibahagikan kepada tiga aspek iaitu menganalisis pengetahuan tentang pendidikan keusahawanan, menganalisis keperluan pembangunan modul dan aktiviti yang terkandung dalam modul ini. Kaedah yang digunakan untuk mendapatkan data dalam kajian ini ialah menggunakan kaedah kuantitatif dengan menyediakan soal selidik dan mengedarkannya kepada 30 orang guru tadika. Dapatan kajian menunjukkan terdapat kepelbagaian pandangan guru tadika dalam pembangunan modul ini berdasarkan ketiga-tiga aspek tersebut bagi melihat keperluan pembangunan modul ini. Rumusan dari artikel ini akan menunjukkan keperluan pembangunan modul pendidikan keusahawanan kanak-kanak melalui kaedah berm..... 155 hits |
4 | 2023 Article | Analisis keperluan pembangunan modul pendidikan keusahawanan kanak-kanak melalui kaedah bermain Mohamad Shafiq Zaini Artikel ini bertujuan untuk menganalisis keperluan pembangunan modul pendidikan keusahawanan kanak-kanak melalui kaedah bermain. Secara umumnya kajian ini memfokuskan kepada kepentingan ciri dan elemen keusahawanan yang akan diterapkan dalam diri setiap insan khususnya kanak-kanak. Perkara yang diambil perhatian dalam kajian ini dibahagikan kepada tiga aspek iaitu menganalisis pengetahuan tentang pendidikan keusahawanan, menganalisis keperluan pembangunan modul dan aktiviti yang terkandung dalam modul ini. Kaedah yang digunakan untuk mendapatkan data dalam kajian ini ialah menggunakan kaedah kuantitatif dengan menyediakan soal selidik dan mengedarkannya kepada 30 orang guru tadika. Dapatan kajian menunjukkan terdapat kepelbagaian pandangan guru tadika dalam pembangunan modul ini berdasarkan ketiga-tiga aspek tersebut bagi melihat keperluan pembangunan modul ini. Rumusan dari artikel ini akan menunjukkan keperluan pembangunan modul pendidikan keusahawanan kanak-kanak melalui kaedah berm..... 148 hits |
5 | 2022 Article | Karya seni visual dalam konteks pasca COVID-19 di Malaysia Interpretasi simbol bagi catan terpilih “Transit 1×1 online exhibition” Rosmidahanim Razali Seni catan berfungsi sebagai medium komunikasi untuk menceritakan sesuatu peristiwa atau menyampaikan maksud sesuatu konteks penceritaan yang melibatkan idea, gaya, dan makna oleh artis seni visual. Dengan itu, seni catan juga membolehkan pengkarya seni mengekspresi emosi dan merakamkan gambaran fikiran melalui imej visual yang diterjemahkan kepada karya seni. Pengkaji mendapati bahawa peristiwa COVID-19 yang berlaku pada ketika itu memberi kesan terhadap masyarakat bahkan pengkarya seni juga terkesan terutama perkembangan kehidupan yang melibatkan kehidupan sosial, budaya, ekonomi, politik, psikologi, teknologi dan komunikasi. Oleh kerana implikasi peristiwa yang berlaku itu, artis mula menghasilkan karya yang mencerminkan pengalaman atau pandangan yang berkisar dengan peristiwa pandemik COVID 19. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis dan memahami bentuk dan makna bagi simbol yang digunakan dalam karya seni catan oleh Husin Othman, Shafiq Nordin dan Aimi Atikah Roslan dalam konteks ..... 177 hits |