AbstractTujuan kajian ini dijalankan adalah untuk menentukan perbezaan di antara tahap kebimbangan
seketika bagi somantik, kognitif dan keyakinan diri di kalangan pelajar pelajar semasa melakukan
aktviti 'flying fox' dan juga ingin melihat perkaitan yang terdapat di antara motif penglibatan
pelajar dalam aktiviti pendidikan luar dengan tahap keyakinan diri pelajar.
Responden seramai 35 orang telah terpilih di kalangan pelajar-pelajar lelaki dan
perempuan yang mewakili unit-unit beruniform masing-masing. Soal selidik yang mengandungi tiga
bahagian iaitu bahagian B dan C, yang mana Bahagian A mengandungi 7 item mengenai butir diri
pelajar dan maklumat umum mengenai aktiviti pendidikan luar. Bahagian B pula adalah soal selidik
yang mengukur tahap kebimbangan pelajar yang melakukan aktiviti 'flying fox' dan Bahagian C terdiri
daripada 30 item soalan yang mengukur motif seseorang pelajar itu mengikuti aktiviti pendidikan
luar. Soal selidik ini diedar .....