UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

2 record(s) found

1
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk menguji pengaruh efikasi kendiri guru terhadap kepimpinan guru Generasi X dan Y. Kaedah kajian adalah kuantitatif dengan reka bentuk tinjauan menggunakan soal selidik untuk mendapatkan data. Kajian ini melibatkan 297 orang guru dari 43 buah sekolah kebangsaan di daerah Kerian dengan populasi guru seramai 1279 orang. Kaedah persampelan rawak berstrata telah digunakan dalam memilih sampel kajian. Analisis statistik deskriptif dan inferensi digunakan untuk analisis data. Dapatan kajian menunjukkan tahap efikasi kendiri guru pada tahap yang tinggi (min = 4.23, SP = .461) dan kepimpinan guru juga berada pada tahap yang tinggi (min = 4.21, SP = .513). Berdasarkan analisis ujian t, tiada perbezaan signifikan tahap efikasi kendiri guru dan kepimpinan guru di antara Generasi X dan Y. Berdasarkan analisis analisis regresi mudah, nilai __2=0.418 menunjukkan efikasi kendiri guru telah mempengaruhi kepimpinan guru sebanyak 41.8 peratus pada aras signifikan (p=0.000). Kesi.....
Thesis Published 2026 71 hits Available
2
Abstract
Kajian pembangunan ini bertujuan untuk membangunkan ChemsLetter dan mendapatkan persepsi daripada pelajar Tingkatan 4 terhadap permainan ini. Kajian ini melibatkan populasi seramai 154 orang pelajar dari Sekolah Menengah Sains Tun Syed Sheh Shahabudin. Seramai 100 orang dipilih sebagai sampel kajian melalui teknik persampelan mudah. Instrumen yang digunakan dalam penyelidikan ini terdiri daripada borang kesahan muka, kesahan kandungan dan kesahan soal selidik. Analisis kesahan dijalankan dengan menggunakan kaedah peratus persetujuan pakar dan kaedah statistik deskriptif yang mengambil kira nilai min dan sisihan piawai digunakan bagi soal selidik. Model ADDIE digunakan sebagai panduan sepanjang kajian ini dijalankan. Hasil analisis kesahan menunjukkan kandungan ChemsLetter mendapat nilai purata kesahan yang tinggi iaitu 85.24% dan menepati keperluan pembelajaran topik Formula Kimia. Hasil analisis persepsi pelajar Tingkatan 4 bagi empat konstruk yang dikaji mendapat interpret.....
Final Year Project Published 2024 950 hits Available

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.