UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

2 record(s) found

1
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji ciri-ciri pengajaran pensyarah akidah Islam (PAI) di Institut Dakwah Islamiah PERKIM (IDIP) Kelantan. Kajian ini juga mengenalpasti tahap pengetahuan akidah berdasarkan perbezaan demografi pelajar dan hubungan pengajaran akidah terhadap tahap pengetahuan akidah saudara baharu. Kajian ini satu kajian kes yang menggunakan pendekatan kualitatif dan disokong oleh data kuantitatif. Lima orang pensyarah dan empat orang Majlis Syura Pelajar (MSP) dipilih sebagai responden dalam kajian. Temu bual digunakan sebagai instrument penyelidikan untuk mengumpul ciri-ciri pengajaran sebagai data kualitatif. Data verbatim temu bual ini disokong oleh pemerhatian pengajaran penyarah di dalam kelas serta kurikulum program di IDIP dan rancangan pengajaran harian (RPH) dicatatkan sebagai analisis dokumen. Data ini dianalisis dengan teknik perbandingan berterusan terhadap pengajaran pensyarah menggunakan perisian N’Vivo 11.0. Selain itu, 51 orang pelajar Sijil.....
Thesis Published 2020 2835 hits Limited
2
Abstract
Pada abad ke-21 ini, pengajaran secara tradisional kurang mampu menarik perhatian pelajar dalam mempelajari sesuatu ilmu tersebut. Pembelajaran berasaskan modul di dalam bilik darjah mampu dijadikan sebagai PdPc bagi membantu guru dalam mempelbagaikan bahan bantu mengajar. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk menilai kebolehgunaan Modul Aplikasi Teknologi berdasarkan persepsi dalam kalangan guru yang mengajar mata pelajaran RBT tingkatan tiga. Penilaian dijalankan oleh 82 orang guru RBT Tingkatan 3 di Daerah Kota Bharu, Kelantan. Borang soal selidik merupakan instrumen yang digunakan di dalam kajian ini dan ia mendapat kebolehpercayaan yang sangat baik mengikut nilai Apha Cronbach. Berdasarkan penilaian kendiri, guru bersetuju bahawa tahap persepsi guru terhadap pedagogi (M=4.29, SP=.483), kurikulum (M=4.27, SP=.510), diikuti tahap persepsi guru terhadap motivasi (M= 4.31, SP=.476) dan tahap persepsi guru terhadap minat (M= 4.23, SP=.551). Ujian-t yang dijalankan mendapati bahawa .....
Thesis Published 2024 1527 hits Available

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.