AbstractProses pengajaran dan pemudahcaraan mementingkan kepada kesesuaian bentuk pedagogi yang
dipilih oleh guru. Maka, kajian ini bertujuan untuk mengkaji tentang bentuk-bentuk pedagogi
yang diaplikasikan, pendekatan pengajaran yang digunakan dan tahap penggunaan teknologi di
kalangan guru subjek Al-Lughah Al-Arabiyyah Al-Mu’asirah sepanjang proses PdPc LAM.
Tambahan pula, kajian ini adalah berbentuk kajian kualitatif dengan menerapkan pelaksanaan
temubual separa berstruktur, merangkumi empat persoalan temubual yang bakal menjawab
persoalan kajian ini dan melibatkan seramai sepuluh orang guru subjek Al-Lughah Al-Arabiyyah
Al-Mu’asirah sebagai responden kajian dari Sekolah Agama Menengah Jeram, Kuala Selangor,
Selangor. Hasil dapatan menunjukkan kepelbagaian bentuk pedagogi yang diterapkan guru
seperti jenis pembelajaran: heautagogi, peeragogi, sibergogi, bentuk pedagogi kontemporari:
pembelajaran berasaskan projek mahupun inkuiri, dan aktiviti yang menerapkan pembelajaran
abad.....