AbstractPengajaran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) mempunyai cabarannya yang tersendiri dan perlu diberi penekanan dalam kurikulum kerana ia merupakan salah satu kemahiran abad ke-21. KBAT adalah antara enam ciri utama murid yang menjadi aspirasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk berjaya di peringkat global. Oleh yang demikian, murid dapat meningkatkan kemahiran kognitif dengan peluang dan ruang yang diberi untuk menyampaikan idea/pandangan menggunakan kaedah yang lebih kreatif dan tidak hanya menghafal seperti kaedah konvensional. Justeru, proses pembelajaran Sains bukanlah berlaku secara hafalan semata-mata, sebaliknya memerlukan pengaplikasian KBAT. Oleh itu, menerusi Kaedah Kompas murid-murid berpeluang menjana dan mengembangkan pemikiran bagi mengupayakan mereka membuat pemikiran kelihatan dan seterusnya membolehkan mereka memahami, menganalisis dan menguasai masalah/isu berunsur KBAT dalam menilai dan membuat keputusan untuk mendapatkan penyelesaian terbaik. Kajian kuasi-.....