AbstractKajian ini bertujuan membina dan menentukan kesan Modul Celik STEM terhadap
pencapaian sains, pemikiran kreatif, dan gaya kreativiti murid. Kajian ini menggunaka n
pendekatan kuantitatif yang terdiri daripada dua peringkat utama. Peringkat pertama
melibatkan reka bentuk pembangunan bagi membina Modul Celik STEM dan peringkat
kedua menggunakan reka bentuk kuasi eksperimen bagi menentukan kesan modul yang
dibina. Seramai 60 orang murid tingkatan satu dari sebuah sekolah berasrama di daerah
Baling, Kedah dipilih sebagai responden melalui pensampelan rawak berkelompok.
Responden terdiri daripada 30 orang murid kumpulan rawatan dan 30 orang murid
kumpulan kawalan. Modul yang dibina disahkan oleh lima orang pakar dengan indeks
kesahan .90. Tiga jenis instrumen digunakan adalah ujian pencapaian sains, ujian
pemikiran kreatif dan soal selidik gaya kreativiti yang masing-masing memperole h
indeks kesahan .96, .94 dan .96 serta kebolehpercayaan .87, .90 dan .90. Data dianalis is
mela.....