UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Total records found : 4
12016
Thesis
Keberkesanan bahan bantu mengajar VATA dalam menangani miskonsepsi dan meningkatkan kefahaman konsep abstrak sains sekolah rendah
Soleh Mohd Noor
Kajian ini bertujuan untuk membangunkan koswer Bahan Bantu Mengajar-Visual Audio Teaching Approach (BBM-VATA) dan mengenal pasti keberkesanannya dalam mengatasi miskonsepsi dan meningkatkan kefahaman bagi topik fasa-fasa bulan. Kajian ini menggunakan reka bentuk kuasi eksperimen dan sampel terdiri daripada 70 orang murid dari dua kelas tahun enam yang setara. Satu kelas seramai 35 orang murid mewakili kumpulan eksperimen dan satu kelas lagi seramai 35 murid mewakili kumpulan kawalan. Instrumen yang digunakan untuk mengumpul data adalah satu set ujian pra dan pasca yang setara dan soal selidik. Data yang diperoleh dianalisis secara statistik desktriptif dan statistik inferensi. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dalam ujian t bagi kedua kumpulan bagi menguji miskonsepsi. Murid dalam kumpulan eksperimen yang menggunakan BBM-VATA didapati mempunyai kurang miskonsepsi berbanding dengan murid dalam kumpulan kawalan. Dari aspek kefahaman mengenai fasa-fasa bulan, h.....

4358 hits

22016
Article
Koswer Visual Assisted Teaching Aid (VATA) dalam menangani miskonsepsi dan meningkatkan kefahaman murid mengenai konsep fasa-fasa bulan
Mohd Noor Soleh, Salih Maria,
Ini adalah satu kajian tindakan bagi mengenal pasti keberkesanan koswer Visual Assisted Teaching Aid (BBM-VATA) dalam mengatasi miskonsepsi dan meningkatkan kefahaman murid bagi topik fasa-fasa bulan. Refleksi awal menunjukkan murid mempunyai miskonsepsi tentang fasa-fasa bulan, sukar untuk menggambarkan konsep kejadian fasa-fasa bulan dan keliru di antara kejadian fasa-fasa bulan, gerhana matahari dan juga gerhana bulan. Model Kajian Tindakan Kemmis dan McTaggart (1988) diguna sebagai kerangka kajian dan kuasi eksperimen dipilih sebagai reka bentuk kajian. Sampel terdiri daripada dua kumpulan 35 orang murid dari dua kelas tahun enam yang setara. Instrumen yang digunakan untuk mengumpul data adalah satu set ujian pra dan pasca yang setara. Data yang diperoleh dianalisis secara statistik inferensi menggunakan ujian t. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan skor ujian pra dan pasca di antara kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan dengan nilai t=8.081 (miskonsepsi) d.....

1672 hits

32016
Thesis
Dinamisasi Saung Angklung Udjo sebagai pusat pendidikan, pelancongan dan pembuatan alat muzik di Bandung, Indonesia
Soleh, Mochamad Dadang
Tujuan kajian ini ialah untuk menganalisis dinamisasi Saung Angklung Udjo (SAU) dalam menstruktur semula aspek pendidikan, pelancongan serta pusat pembuatan angklung agar bersesuaian dengan tatapan, permintaan dan citarasa penonton tempatan dan antarabangsa. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif yang merangkumi kajian literatur, pemerhatian, temuramah dan analisis rakaman muzik dan video. Responden dalam kajian ini ialah para pelajar sekolah menengah, pelancong tempatan, pelancong antarabangsa dan ahli pengurusan SAU. Analisis data kajian lapangan menunjukkan bahawa SAU merupakan organisasi yang dinamis dari segi intuisi mereka dalam mengadaptasi struktur persembahan SAU kepada permintaan dan citarasa penonton tempatan dan antarabangsa abad ini. SAU telah membina satu ekosistem pendidikan dan pelancongan yang berpusatkan kemasyarakatan serta menerokai penggunaan sumber semulajadi bagi menggerakkan ekonomi dan membekalkan kerja kepada masyarakat di Bandung. Kajian ini mencadangka.....

1724 hits

42011
Thesis
Nilai integriti dalam masyarakat Melayu melalui gurindam dua belas
Badrul Hisham Ghazali
Kajian ini memberi tumpuan kepada Nilai Integriti Dalam Masyarakat Melayu Melalui Gurindam Dua Belas yang tergolong dalam Puisi Melayu Tradisional. Menerusi kajian ini, pengkaji cuba melihat nilai-nilai murni yang diterapkan di dalam karya agung ini serta melihat nilai integriti daripada penerapan nilai-nilai tersebut. Kajian ini membahagikan Gurindam Dua Belas kepada enam amanat yang ingin disampaikan oleh pengarang supaya menjadi panduan dan ikutan kepada masyarakat. Melalui kajian ini dapat mencungkil apa yang tersirat di sebalik gurindam tersebut. Enam amanat tersebut merangkumi yang pertama, melalui fasal pertama dan kedua beragama dan beribadat. Kedua memelihara anggota hati daripada melakukan kejahatan dalam fasal ketiga dan keempat. Seterusnya amanat ketiga berbudi bahasa dan berperangai mulia melalui fasal kelima dan keenam. Manakala amanat keempat memelihara diri daripada perbuatan yang boleh mendatangkan akibat yang tidak baik melalui fasal ketujuh dan kelapan. Amanat kelima.....

191 hits

Filter
Loading results...



Specific Period
Loading results...



Top 5 related keywords (beta)

Loading results...



Recently Access Item




Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.