UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

4 record(s) found

1
Abstract
Kajian ini bertujuan meneliti ciri-ciri seorang pemimpin pendapat serta pengaruhnya dalam komuniti pekebun kecil kelapa sawit. Pemimpin pendapat ini semestinya individu yang penting dan berpengaruh dalam menjayakan program-program pembangunan kampung dan dapat menarik belia untuk melibatkan diri dalam industri kelapa sawit. Dalam kajian ini kaedah pengumpulan data ialah secara gabungan kualitatif dan kuantitatif. Melalui pendekatan kualitatif, temubual bersemuka dengan empat orang informan utama yang terdiri daripada usahawan, ketua kampung, Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan seorang pemangku ketua kampung telah dilakukan. Kajian ini dijalankan di negeri Johor (melibatkan kawasan Batu Pahat, Kluang dan Kulai) yang merupakan antara negeri paling ramai pekebun kecil kelapa sawit. Survei juga dilakukan terhadap 100 orang responden yang dikenalpasti sebagai pemimpin pendapat dalam masyarakat. Pemimpin pendapat ialah individu yang berpengaruh dalam komuniti, kumpu.....
Article Published 2018 894 hits Available
2
Abstract
Kajian  ini  bertujuan  mengenal  pasti  hubungan  kebergunaan  dengan  sikap terhadap  penggunaan   Augmented   Reality  (AR)   dalam  aplikasi   bentangan tiga  dimensi  sekolah  rendah  bagi   pelajar  yang  berbeza  tahap  keupayaan spatial.  Kajian ini menggunakan  kaedah  kajian  kuantitatif  dengan  reka bentuk kajian  korelasi.  Pemilihan  sampel  dijalankan  secara   persampelan  bertujuan melibatkan  62  orang  pelajar  dari  sebuah  sekolah  luar  bandar  yang   terdapat dalam  daerah  Kuala  Langat,  Selangor.  Pengumpulan  data  dilakukan  dengan menggunakan  instrumen  soal  selidik  dan   ujian   keupayaaan   spatial.   Data dianalisis    dengan     menggunakan    analisis  deskriptif  dan  inferensi.  Analisis deskriptif menjelaskan tahap  kebergunaan dan sikap terhadap penggunaan AR dan  tahap keupayaan spatial.  Manakala analisis  inferensi menggunakan ujian korelasi  Sp.....
Thesis Published 2020 2918 hits Available
3
Abstract
Inclusion defined as having a full and active part in the life of the mainstream kindergarten or school. The curriculum may be necessary to promote shared learning experiences and social interaction between children with and without disabilities. Children with disabilities need to have readiness to be in an inclusion classroom. Therefore, the purpose of this study was to identify the readiness of the transition class students at GENIUS Kurnia by using a teacher-centered strategy as an intervention. These children need to have the readiness to attend an inclusive education program. Readiness in this study was identified based on 4 domains: attention, problem-solving, language and communication, socio-emotional and behavioral during learning. A case study had been conducted to 7 students at GENIUS Kurnia’s transition class that meet the following criteria: the students have attended at least 3 months in the transition class, are able to follow 6 to 10 routine instructions independently.....
Article Published 2021 691 hits Available
4
Abstract
Kajian ini mengenalpasti wujudnya kesinambungan seniman atau tokoh nstitusi pendidikan seni yang  merupakan dua elemen yang tidak dapat dipisahkan dalam peranan dan sumbangannya terhadap masyarakat  dan dunia pendidikan secara tidak langsung. Kajian ini dijalankan di Kampung Padang Changkat, Kuala Kangsar, Perak,  yang mana pengusaha-pengusaha di sekitarnya mendapat bantuan daripada Datuk Seri Rafidah Aziz selaku ahli  parlimen kawasan. Maklumat yang dikumpulkan melalui temubual dan pemerhatian ke atas seorang tokoh  iaitu Hajjah Azizah Bt. Yusuf dan dua orang bekas pelajarnya, Pn. Azizah bt. Haji Adam dan Pn.  Salmiah Bt. Joya serta pekerja-pekerja beliau. Kajian ini mengenalpasti  beberapa perkara penting  iaitu peranan tokoh sebagai institusi pendidikan  seni serta mengenalpasti  sumbangan  beliau   terhadap  masyarakat setempat. Selain daripada itu pengkaji juga cuba mengkaji sumbangan karya  beliau dalam pendidikan seni. Akhir sekali kajian ini juga memberi.....
Thesis Published 2006 470 hits Available

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.