UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

3 record(s) found

1
Abstract
Undang-undang Adat merupakan salah satu elemen penting dalam pembentukan masyarakat ke arah nilai sahsiah yang baik. Masyarakat akan lebih bertanggungjawab denga adanya undang-undang yang boleh dirujuk sekali gus membentuk disiplin individu dan anggota masyarakat itu sendiri untuk mewujudkan keharmonian dalam kehidupan. Undang-undang Melaka merupakan teks utama dalam sistem perundangan yang diguna pakai pada zaman kesultanan Melayu. Undang-undang ini banyak memaparkan peraturan adat yang mesti dipatuhi oleh masyarakat Melayu dalam mewujudkan keharmonian semua pihak. Pemakaian Undang-undang Adat ini terhadap sahsiah masyarakat boleh memberi gambaran tentang kesan terhadap amalan sahsiah negatif yang dilakukan oleh masyarakat untuk memberi panduan kepada masyarakat kini melalui peristiwa-peristiwa yang berkaitan dengan Undang-undang Adat. Bagi melihat peristiwa-peristiwa yang berkaitan, naskhah Sulalatus Salatin digunakan dalam kajian ini sebagai panduan kepada khalayak umum...
Article Published 2016 1121 hits Available
2
Abstract
Hubungan sastera dan masyarakat sangat erat. Sastera adalah dokumentasi yang merakamkan kehidupan masyarakat. Hal-hal yang dipaparkan dalam sastera merangkumi peristiwa-peristiwa, aktiviti serta pergolakan yang berlaku dalam lingkungan sosial mereka. Dalam hal ini, cerita rakyat yang diteliti berhasil memaparkan pandangan dan sikap kelompok sosial di samping menggarapkan tentang fenomena yang berlaku dalam masyarakatnya. Selain itu melalui cerita rakyat kanak-kanak, dikesan gambaran kehidupan masyarakat tradisi yang meliputi sosiobudaya dan sistem kepercayaan mereka. Kepelbagaian makna di sebalik cerita rakyat yang diteliti, memancarkan pemikiran masyarakat tradisi terhadap sesuatu perkara. Lantaran itu, penelitian terhadap cerita rakyat kanak-kanak ini dapat memaparkan fenomena yang dicetuskan oleh masyarakat tradisi di samping memperlihatkan keperibadian dan kecendekiaan masyarakat Melayu. Kata kunci: sastera kanak-kanak, fenomena sosial, cerita rakyat, tradisi..
Article Published 2011 8 hits Available

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.