UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

3 record(s) found

2
Abstract
Kajian ini bertujuan membina dan menilai kesan penggunaan modul pembelajaran berasaskan masalah berperancahan (PBM-RK) terhadap pencapaian, kemahiran pemikiran kritis (KPK) dan pembelajaran regulasi kendiri (PRK) murid Biologi berprestasi tinggi dan rendah. Pembinaan modul PBM-RK adalah berdasarkan gabungan model Sidek dan Jamaludin serta model 3C3R. Pengintegrasian perancahan PRK dalam modul PBM-RK dilakukan berasaskan penggabungan model maklum balas PRK dan kitaran PRK. Pendekatan kuantitatif menggunakan reka bentuk kuasi eksperimen faktorial 3x2 digunakan dalam kajian ini. Sampel kajian terdiri daripada 189 orang murid biologi tingkatan 4 daripada enam buah sekolah menengah harian di Daerah Kinta Utara. Modul PBM-RK dibina merangkumi dua tajuk iaitu Ekosistem Dinamik dan Ekosistem Terancam. Pelaksanaan PBM-RK dilakukan melibatkan empat kitaran selama 10 minggu intervensi. Kesan PBM-RK diukur menggunakan instrumen ujian pencapaian biologi, kemahiran pemikiran kritis (MyCT) dan pembel.....
Thesis Published 2016 3778 hits Available
3
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengetahui kesan penggunaan pendekatan pembelajaran berasaskan masalah  (PBM) terhadap pencapaian, kemahiran proses sains dan motivasi pelajar dalam pengajaran dan  pembelajaran Biologi berbanding pengajaran biasa (PB). Kajian ini juga mengumpul maklumat tentang  persepsi dan penerimaan pelajar dan guru terhadap pelaksanaan pembelajaran berasaskan masalah dalam  pengajaran dan pembelajaran Biologi.  Kajian ini dijalankan dengan menggunakan rekabentuk kuasi  eksperimen yang melibatkan 76 orang pelajar tingkatan 4 iaitu 37 dalam kumpulan rawatan dan 39  orang dalam kumpulan kawalan dan seorang guru Biologi dari sebuah sekolah di Daerah Kinta.   Pengumpulan data telah dijalankan melalui ujian pencapaian dan soal selidik motivasi yang telah  diberikan kepada semua pelajar manakala data bagi persepsi dan penerimaan  guru dan pelajar  terhadap PBM diperolehi melalui soal selidik yang dikendalikan ke atas pelajar-pelajar dan guru  yang terliba.....
Thesis Published 2007 667 hits Available

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.