UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

4 record(s) found

1
Abstract
Terdapat beberapa kemahiran yang boleh dipraktikkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran seperti kemahiran menyoal, kemahiran menerang atau demonstrasi dari guru dan demonstrasi dari pelajar. Kemahiran menyoal merupakan soalan-soalan yang digunakan untuk mengetahui penguasaan pelajar terhadap pelajaran yang dipelajarinya dan kemahiran menyoal ini juga digunakan untuk melihat masalah yang dialami oleh pelajar dalam pelajaran. Menyoal tidak hanya tertumpu kepada soalan-soalan yang berfokus satu perkara sahaja akan tetapi boleh dijadikan soalan bercambah dan melalui kemahiran menyoal ini dapat meningkat kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Tanpa kemahiran menyoal, guru tidak akan mengetahui tahap pemahaman pelajar mengenai maklumat yang disampaikan sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran. Kajian tindakan ini menfokuskan kepada kemahiran menyoal dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan di dalam kelas makro pengajaran. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kemahir.....
Article Published 2019 832 hits Available
2
Abstract
Learning becomes more and more difficult as the flow of technology developed rapidly. Even with the excellent learning platform such as Xcelearn, user still feel stressful, and learning become less enjoyable since it hard to understand the learning material. The purpose of the Xcelearn Search Your Learning Styles (X-SLYS) is to help learners to easily understand the things that they learn by utilize the questionnaire method to find most suitable learning styles for the user. This X-SLYS will be beneficial to the Xcelearn user which is learners, parents, and teachers..
Final Year Project Published 2023 622 hits Available
3
Abstract
Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti tahap kesediaan mengajar dari aspek pengetahuan dan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) serta tahap pengaplikasian pembelajaran abad ke-21 (PAK21). Kajian ini turut menilai hubungan kesediaan mengajar antara pengetahuan dengan kemahiran TMK serta mengkaji hubungan kesediaan mengajar dengan pengaplikasian PAK21 dalam kalangan guru pelatih di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Pendekatan kuantitatif menggunakan kaedah tinjauan yang melibatkan sampel seramai 351 orang guru pelatih yang telah menjalani latihan mengajar 1 sebagai responden kajian. Sampel kajian dipilih dengan menggunakan teknik kaedah persampelan rawak berstrata berkadaran. Pengutipan data dilakukan dengan menggunakan borang soal selidik untuk mengetahui kesediaan mengajar guru pelatih dengan pengaplikasian PAK21. Data kajian dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 25 melibatkan analisis statistik deskrip.....
Final Year Project Published 2024 2219 hits Available
4
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk menganalisis tahap amalan Komuniti Pembelajaran Profesional (KPP) bagi dimensi pembelajaran secara kolektif dan pengaplikasian, tahap amalan pengajaran serta hubungannya dalam kalangan guru Pendidikan Islam (GPI) sekolah rendah di daerah Mukah. Pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk tinjauan serta soal selidik telah digunakan dalam kajian ini. Sampel kajian terdiri daripada 160 orang GPI dengan menggunakan teknik pensampelan rawak mudah. Analisis deskriptif (min, sisihan piawai) dan analisis inferensi (korelasi Pearson) digunakan untuk menjawab setiap persoalan kajian. Dapatan kajian menunjukkan tahap amalan pembelajaran secara kolektif (M=4.22, SP=0.54) berada pada tahap sangat tinggi manakala amalan pembelajaran pengaplikasian (M=3.68, SP=0.67) berada pada tahap tinggi. Tahap amalan pengajaran pula berada pada tahap yang sangat tinggi dengan nilai min 4.33 dengan sisihan piawai 0.42. Analisis korelasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan positif yang si.....
Thesis Published 2024 588 hits Available

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.