AbstractInovasi “SaBBAr” ialah singkatan kepada ayat Sambung dan Baca Bahasa Arab yang mengaplikasikan padanan huruf rumi-arab. Inovasi ini dijalankan untuk meningkatkan kemahiran murid membaca perkataan bahasa arab dengan menggunakan Kaedah “SaBBAr”. Berdasarkan pemerhatian dan refleksi dalam pembelajaran dan pemudahcaraan, terdapat murid yang masih lagi tidak menguasai kemahiran membaca perkataan bahasa arab terutama berlaku kepada murid bukan islam dan murid pemulihan. Oleh itu, teknik pengajaran baharu dengan menggunakan pendekatan pembelajaran gamifikaksi dalam Realiti Maya (VR) dan Realiti Terimbun (AR) iaitu kaedah “SaBBAr” telah direka untuk menyelesaikan masalah ini. Dalam kajian ini, model Kemmis & Mc Taggart (1988) telah digunakan dalam melaksanakan langkah merancang, melaksana, memerhati dan merefleksi. Instrumen pemerhatian, temubual, ujian lisan dan analisis dokumen telah digunakan oleh pengkaji untuk mengumpul maklumat dan data kajian. Dua kitaran kajian telah diguna.....