UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

4 record(s) found

1
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti dan membandingkan tahap kesedaran risiko dan tingkahlaku selamat “altruistic” antara jantina di samping mengkaji hubungan antara keduanya dalam kalangan para peserta semasa aktiviti rekreasi dalam Program Bina Insan Guru (BIG). Satu set soal selidik telah digunakan terhadap seramai 81 pelajar tahun akhir Fakulti Pendidikan, KUIS di Raub, Pahang. Soal selidik terdiri daripada dua pembolehubah, iaitu kesedaran terhadap risiko dan tingkah laku keselamatan. Hasil kajian menunjukkan kesedaran yang tinggi tentang risiko semasa aktiviti rekreasi. Analisis ujian T menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam kesedaran risiko dan tingkah laku keselamatan antara jantina. Analisis korelasi Pearson menunjukkan bahawa terdapat hubungan positif yang signifikan antara kesedaran risiko (peraturan keselamatan) dan tingkahlaku keselamatan “altruistic”. Implikasi kajian ini adalah pengurus rekreasi dan universiti perlu mengambil kira kepelbag.....
Article Published 2019 788 hits Available
2
Abstract
The rapid urban population growth worldwide has given rise to complex cities across the globe, particularly concerned with place attachment and digital technologies. In this new landscape, the emergence of smart devices is highly favorable to connect everyday infrastructures via the present networks available to create a sense of place. The concept of sense of place in heritage and culture is synonymous with Melaka as a famous heritage site which achieved recognition from UNESCO. However, when it comes to tourist behaviors, their place attachment, arrivals and purpose of visit highly influence their perceptions. Their priority in selecting Melaka as their holiday destination might differ based on several place attachment affective factors which are influenced by digital technologies. There are several problems to consider in order to improve place attachment in the study area, which are the prosperity of the tourism industry in Melaka threatening its own authenticity and the rapid mode.....
Article Published 2020 1299 hits Available
3
Abstract
Artikel ini mengkaji bentuk keganasan dan propaganda pihak komunis di Sarawak. Penentangan secara besarbesaran ini berlaku disebabkan oleh pembentukan Malaysia pada 1963, dikuatkan lagi dengan peristiwa Pemberontakan Brunei 1962, Konfrontasi Malaysia-Indonesia 1963-1966 dan sokongan masyarakat tempatan terhadap ideologi komunisme di Sarawak. Artikel ini juga akan membincangkan kerjasama antara pihak komunis dengan pihak luar beraliran komunis di Brunei, Indonesia dan dalam Sarawak sendiri. Keganasan yang dicetuskan ini menyebabkan masyarakat hidup dalam keadaan takut serta mengancam keharmonian dalam pentadbiran. Kajian ini menggunakan sumber arkib dan perpustakaan sebagai sumber rujukan seperti bahan dan data daripada Arkib Negara Cawangan Sarawak, Pustaka Negeri Sarawak, Repositori Arkib Negeri Sarawak, Perpustakaan Dewan Bahasa & Pustaka Cawangan Sarawak dan Perpustakaan Tuanku Bainun Universiti Pendidikan Sultan Idris. Fakta yang diperoleh ditafsir dan ditulis dalam bentuk naratif .....
Article Published 2021 1225 hits Available
4
Abstract
Kajian ini mengkaji ancaman pihak komunis di Sarawak pada 1963 hingga 1972. Tumpuan kajian ini akan menfokus kepada perkembangan gerakan, pembanterasan ancaman komunis dan penerimaan masyarakat terhadap ideologi komunisme di Sarawak. Ancaman ini berlaku secara besar-besaran disebabkan oleh pelbagai peristiwa pada era pembentukan Malaysia 1963. Terdapat kerjasama dan gerakan anti-komunis yang digerakkan oleh pihak di dalam dan luar Sarawak sebagai respon kepada ancaman yang semakin berleluasa. Metodologi kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan menekankan analisis dokumen dan manuskrip. Fakta yang diperoleh ditafsir dan ditulis dalam bentuk naratif deskriptif serta menekankan aspek sebab dan akibat. Kajian ini menggunakan analisis dokumen dari sumber arkib dan perpustakaan sebagai rujukan seperti bahan dan data daripada Arkib Negara Cawangan Sarawak, Pustaka Negeri Sarawak, Repositori Arkib Negeri Sarawak, Perpustakaan Dewan Bahasa & Pustaka Cawangan Sarawak dan Perpustakaan Tuan.....
Thesis Published 2024 357 hits Available

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.