AbstractTujuan utama kajian ini ialah untuk menguji pengaruh kepimpinan inovasi pengetua
terhadap budaya inovasi dan inovasi organisasi Sekolah Menengah Kebangsaan
kawasan bandar di Sabah. Reka bentuk kajian ini menggunakan pendekatan
kuantitatif dengan kaedah tinjauan. Seramai 478 orang guru dari 33 buah sekolah
menengah kategori bandar di Negeri Sabah terlibat dalam kajian ini. Perisian
Permodelan Persamaan Berstruktur (SEM) digunakan untuk menganalisis data kajian.
Dapatan kajian menunjukkan Kepimpinan Inovasi Pengetua dapat diukur melalui lima
dimensi iaitu Tingkah Laku Kreatif, Komunikasi Berkesan, Kemahiran Teknikal,
Tingkah Laku Pembuka dan Tingkah Laku Penutup. Sebanyak 18 item baharu
dibangunkan untuk mengukur Model Kepimpinan Inovasi Pengetua. Model yang
dibangunkan juga memenuhi nilai Indeks Kesepadanan yang diperlukan dengan nilai
RMSEA=0.079, CFI=0.967, TLI=0.960 dan Chisq/df=4.019. Sementara itu, Budaya
Inovasi di sekolah diukur melalui empat dimensi iaitu Strategi, S.....