AbstractPengintegrasian teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) merupakan agenda utama transformasi pendidikan di Malaysia bagi menyokong pembelajaran abad ke-21. Walau bagaimanapun, pelaksanaan ICT di peringkat sekolah rendah, khususnya di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJK(T)), masih berhadapan dengan pelbagai kekangan yang menjejaskan keberkesanannya. Sehubungan itu, kajian ini dijalankan untuk meneroka secara mendalam pengalaman guru SJK(T) dalam penggunaan ICT dalam PdP, dengan memberi tumpuan kepada tahap kesediaan dan pengalaman guru, kekangan infrastruktur ICT, sokongan teknikal dan latihan profesional, faktor motivasi dan keyakinan guru, serta strategi yang digunakan untuk mengatasi cabaran penggunaan ICT di sekolah. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif deskriptif dengan kaedah temu bual separa berstruktur sebagai instrumen utama pengumpulan data. Seramai lima orang guru SJK(T) di Daerah Timur Laut, Pulau Pinang telah dipilih sebagai pe.....