UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

2 record(s) found

1
Abstract
Kajian ini dilakukan dalam usaha mengetahui sikap dan kemahiran guru bahasa Tamil terhadap penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc). Sikap dan kemahiran guru dikaji menggunakan modal penerimaan teknologi (TAM). Faktor kebergunaan dan faktor kemudahgunaan dalam usaha untuk menentukan faktor sebenar yang mempengaruhi guru bahasa Tamil terhadap penggunaan TMK dalam PdPc bahasa Tamil digunakan sebagai pemboleh ubah kajian ini. Kajian ini menggunakan kaedah campuran iaitu kualitatif dan kuantitatif yang melibatkan dua instrumen iaitu temuduga berstruktur dan soal selidik. Kajian ini melibatkan 96 sekolah Tamil di Negeri Selangor dan sejumlah 260 guru bahasa Tamil mengambil bahagian dalam kajian ini. Data yang di peroleh melalui soal selidik telah dinilai dengan menggunakan perisian SPSS manakala data temuduga berstruktur dirumus dan didokumentasikan mengikut kronologi menggunakan perisian NVIVO. Dapatan temuduga merumuskan kerj.....
Thesis Published 2022 5082 hits Available
2
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan penggunaan animasi kartun dalam pembelajaran penulisan karangan fakta dalam Bahasa Tamil bagi murid Tahun 4. Kajian ini menggunakan pendekatan kaedah campuran dengan reka bentuk kuasieksperimen, melibatkan sampel seramai 64 murid Tahun 4 yang dipilih berdasarkan pencapaian akademik yang setara. Seramai 33 murid dalam kumpulan rawatan diajar menggunakan modul animasi kartun selama empat minggu, manakala 31 murid dalam kumpulan kawalan mengikuti kaedah pengajaran tradisional. Ujian pra dijalankan bagi menilai keupayaan awal murid dalam penulisan. Beberapa isu utama yang dikenal pasti termasuk pendahuluan yang tidak mempunyai kesinambungan, penggunaan kosa kata yang terhad, ketidakmampuan mengembangkan isi dengan berkesan, serta karangan yang tidak mencapai panjang minimum 80 patah perkataan. Intervensi bagi membantu mereka dalam penulisan karangan fakta dijalankan selama empat minggu. Dapatan kuantitatif daripada ujian pasca menunjukkan pe.....
Thesis Published 2025 254 hits Available

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.