UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

3 record(s) found

1
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pemikiran penulis karya Mahua melalui penelitian persoalan dan realiti hidup masyarakat Cina di Malaysia yang dicerminkan dalam karya cerpen Mahua. Sebanyak 75 buah cerpen karya iaitu karya oleh Tuo Ling sebanyak 34 buah dan Yun Lifeng sebanyak 31 buah telah dianalisis. Analisis teks berpandukan Teori Cerminan Lukacs dilaksanakan untuk menganalisis, mengupas plot perwatakan cerpen dari aspek budaya, pendidikan, ekonomi dan politik. Dapatan kajian dilaporkan secara deskriptif. Didapati aspek yang paling kerap diperbincangkan melalui cerpen kedua-dua penulis adalah aspek budaya manakala politik kurang dipaparkan. Dalam aspek budaya, penekanan diberikan kepada pendidikan, dunia kewanitaan dan pengaruh nilai Konfusianisme dalam masyarakat Cina. Gejala sosial yang dipaparkan adalah perjudian, pelacuran dan amalan rasuah. Selain itu, persoalan Bahasa Melayu, masalah guru sandaran dan pendidikan Sekolah Persendirian Cina diperbincangkan dalam aspek pe.....
Thesis Published 2015 2395 hits Available
2
Abstract
Banyak kajian menunjukkan ramai dalam kalangan pelajar menghadapi masalah untuk memahami, seterusnya mengaplikasikan konsep yang dipelajari di dalam bilik darjah ke dalam kehidupan harian. Sehubungan dengan ini satu kajian telah dijalankan untuk mengenal pasti tahap kefahaman pelajar terhadap konsep asid-bes dan aplikasinya dalam kehidupan harian. Seramai 280 orang pelajar tingkatan empat aliran sains di tujuh buah sekolah daerah Johor Bahru, telah dilibatkan dalam kajian. Data kajian diperolehi dengan menggunakan satu set soal selidik ‘Aplikasi Konsep Asid-Bes Dalam Kehidupan Harian’. Data-data dianalisis dengan mengira frekuensi skor, peratusan, min dan sisihan piawai serta korelasi Pearson. Hasil kajian menunjukkan tahap kefahaman pelajar terhadap kosep asid-bes adalah sederhana; manakala, kemampuan mereka untuk mengaplikasikan konsep tersebut dalam kehidupan harian adalah lemah. Walau bagaimanapun, tidak terdapat perkaitan yang jelas antara tahap kefahaman pelajar terhadap kons.....
Article Published 2009 1512 hits Available

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.