UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

2 record(s) found

1
Abstract
Kajian ini bertujuan mengkaji faktor penglibatan dan penolakan penggunaan rokok, dadah dan alkohol serta tingkah laku seksual dalam kalangan pelajar. Populasi kajian merupakan pelajar tingkatan empat di sebuah sekolah menengah harian di Negeri Sembilan. Kajian tinjauan ini menggunakan kaedah soal selidik dan temubual semi-struktur dalam mendapatkan data daripada sampel kajian. Sejumlah 260 orang pelajar telah terlibat dalam kajian ini dan dipilih menggunakan kaedah persampelan bertujuan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa 68.5% responden terlibat dengan sekurang-kurangnya salah satu kes yang dikaji. Penglibatan dengan tingkah laku seksual mencatat peratusan yang tertinggi terutamanya dalam kalangan responden perempuan. Tiada responden yang mengaku terlibat dengan penyalahgunaan dadah. Punca yang paling kerap dinyatakan bagi tingkah laku merokok dan tingkah laku seksual ialah perasaan ingin tahu. Bagi pengambilan alkohol pula disebabkan ritual dan tradisi. Responden yang menolak pengliba.....
Thesis Published 2017 1573 hits Available
2
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk menilai pelaksanaan Komuniti Pembelajaran Profesional (KPP) dalam kalangan guru sekolah menengah harian di negeri Selangor. Pembudayaan KPP dalam kalangan guru bermatlamat meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran guru menerusi amalan kolaboratif bagi membangunkan potensi murid secara holistik. Penilaian ini dibuat dengan menggunakan Model CIPP yang menumpukan kepada dimensi Konteks, Input, Proses dan Produk serta gred jawatan guru sebagai _moderator_. Reka bentuk kajian ini menggunakan pendekatan berbentuk kuantitatif dengan kaedah tinjauan melibatkan seramai 480 orang guru. Data yang dikutip telah dianalisis secara deskriptif dan inferensi berbantukan perisian IBM SPSS 26.0 dan juga SEM AMOS 24.0. Analisis deskriptif dijalankan untuk menjawab persoalan kajian pertama mengenai tahap persepsi guru terhadap dimensi Konteks, Input, Proses dan Produk dalam pelaksanaan KPP. Hasil penilaian menjelaskan dimensi Konteks berada pada tahap agak tinggi iaitu 5.6.....
Thesis Published 2025 119 hits Available

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.