AbstractPeranan karya sastera sebagai medium menyampaikan ilmu pengetahuan kepada masyarakat telah menjadi asas dalam kewujudan karya sastera. Novel kanak-kanak dihasilkan daripada persekitaran yang diambil daripada realiti kehidupan dan diolah dengan bahasa yang indah sebagai santapan pembaca. Bertitik-tolak daripada pegangan karya sastera merupakan cerminan masyarakat, perkara ini selari dengan pelbagai kes yang melibatkan kanak-kanak yang sering terpampang di dada akhbar mutakhir ini. Justeru, sebagai salah satu bidang ilmu yang turut menyumbang ke arah mendidik modal insan yang berguna, maka kajian ini dilakukan bagi menjelaskan secara kritis peranan persekitaran yang melingkungi kehidupan kanak-kanak terhadap perkembangan sahsiah dan tingkah laku kanakkanak yang dapat dilihat dalam novel Suteki Da Ne Aleena (2013), Umairah dan Kuda Putih (2008) dan Memori Atikah (2002). Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif, iaitu kaedah kepustakaan dan kaedah analisis teks. Manakala, aspek persekitara.....