AbstractKajian ini bertujuan menentukan hubungan antara minat, pengetahuan dan kemahiran
dalam kalangan pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) terhadap hasrat
memulakan kerjaya keusahawanan dalam talian. Model Acara Keusahawanan
Shapero (1982) telah digunakan sebagai asas kajian. Kajian ini menggunakan
pendekatan kuantitatif secara kaedah tinjauan, di mana borang soal selidik digunakan
sebagai instrumen pengumpulan data. Sampel kajian terdiri daripada 359 orang
pelajar sarjana muda UiTM Puncak Alam. Data dianalisis menggunakan analisis
deskriptif dan inferens. Dapatan kajian menunjukkan hubungan yang signifikan dan
positif yang sederhana antara minat (r=0.670), pengetahuan (r=0.571) dan kemahiran
(r=0.666) pelajar dengan hasrat untuk memulakan kerjaya keusahawanan dalam talian
pada aras signifikan 0.05. Seterusnya, nilai R² bagi minat, pengetahuan dan kemahiran
ialah 0.449, 0.326 dan 0.443. Analisis regresi menunjukkan bahawa minat (β = 0.539,
p = 0.000) mempunyai pengaruh yang.....