UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

3 record(s) found

2
Abstract
Tarian Pokudinding merupakan tarian etink Dusun Tindal yang berasal dari Kampung Piasau Kota Belud, Sabah. Tarian ini sudah dikesan sejak tahun 1980-an dan berkisarkan kepada mitos menyambut musim menuai padi, di mana hasil tuaian atau padi akan disimpan dalam ‘Tangkob’ atau dikenali guni yang besar untuk menyimpan padi lalu disimpan ke dalam sebuah rumah, disebabkan beban hasil tuaian itu sudah melebihi maka menyebabkan dinding rumah menjadi condong dan dibantu dengan tongkat bagi membantu dinding rumah tersebut daripada roboh. Melalui peristiwa tersebut, penduduk kampung meraikan semangat dan kerjasama yang dilakukan oleh penduduk kampung itu sendiri lalu mendapat ilham melalui pergerakan semasa menahan rumah penyimpanan padi daripada roboh, oleh itu wujudnya tarian Pokudinding. Tarian Pokudinding telah mengalami perubahan dalam struktur gerakan, di mana gerakan tarian Pokudinding pada asalnya hanya terdapat dua (2) gerak sahaja. Oleh itu, dalam kajian ini memfokuska.....
Final Year Project Published 2023 2731 hits Available
3
Abstract
Makalah ini menumpukan kepada penanaman padi di Kedah semasa tempoh Dasar Ekonomi Baru (DEB) dilaksanakan dari tahun 1970 hingga tahun 1990. Objektif makalah ini untuk memperlihatkan penglibatan dan peranan pelbagai agensi pertanian dalam usaha meningkatkan kadar hasil pengeluaran padi di negeri Kedah sepanjang tempoh tersebut. Antaranya, Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), Jabatan Pertanian Negeri Kedah, Institut Kemajuan dan Penyelidikan Pertanian Malaysia (MARDI) dan Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN). Kaedah penyelidikan yang digunakan ialah kaedah kualitatif yang memberikan penekanan ke atas analisis dokumen, pentafsiran dan penulisan sejarah. Sumber pertama diperoleh daripada Arkib Negara Malaysia, Arkib Negara Malaysia Cawangan Kedah dan Perlis dan Perpustakaan Awam Negeri Kedah. Manakala, majoriti sumber kedua adalah buku dan jurnal. Kajian ini mendapati bahawa pelbagai projek dilaksanakan oleh agensi pertanian untuk memajukan penanaman padi di Kedah berjaya mencapai matla.....
Article Published 2023 744 hits Available

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.