UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
Total records found : 2 |
Simplified search suggestions : Vijayasree Raghavan Pillai |
1 | 2023 thesis | Kesan Modul Kecerdasan Emosi untuk meningkatkan kecerdasan emosi, kepuasan kerja dan komitmen terhadap organisasi dalam kalangan pegawai TLDM Vijayasree Raghavan Pillai Kajian ini dijalankan untuk melihat kesan Modul Kecerdasan Emosi untuk meningkatkan
kecerdasan emosi, kepuasan kerja dan komitmen terhadap organisasi dalam kalangan
pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). Subjek kajian terdiri daripada pegawai
muda tentera laut yang berkhidmat di Pangkalan TLDM Lumut, Malaysia. Modul
Kecerdasan Emosi yang digunakan dalam kajian ini telah diubah suai daripada satu siri
aktiviti kecerdasan emosi yang dihasilkan oleh Lynn (2002). Tujuan kajian adalah untuk
mengetahui kesan intervensi Modul Kecerdasan Emosi ke atas kumpulan rawatan
berbanding kumpulan kawalan. Reka bentuk kajian eksperimen tulen praujianpascaujian
dengan kumpulan kawalan digunakan di mana pemilihan subjek kajian
dijalankan secara persampelan rawak melibatkan 67 orang pegawai TLDM daripada 17
unit kapal di Pangkalan TLDM Lumut. Subjek kajian diagihkan kepada dua kumpulan
iaitu kumpulan kawalan yang terdiri daripada 35 orang pegawai manakala kumpulan
rawatan mengandungi 32 o..... 325 hits |
2 | 2023 article | Kesahan modul kecerdasan emosi bagi latihan psikopendidikan pegawai Tentera Malaysia Vijayasree Raghavan Pillai Kajian ini bertujuan untuk menentukan kesahan kandungan Modul Kecerdasan Emosi yang digunakan sebagai latihan psikopendidikan pegawai tentera. Asas kerangka modul ini adalah berlandaskan prinsip-prinsip Teori Pemusatan Insan (TPI) oleh Carl Rogers (1959) bagi meningkatkan tahap kecerdasan emosi dalam diri individu dan seterusnya memberi kesan positif terhadap kepuasan kerja dan komitmen terhadap organisasi. Kajian deskriptif ini berasaskan kepada pembinaan modul oleh Sidek dan Jamaluddin (2005) yang mempunyai dua fasa kajian. Fasa pertama dijalankan bagi mengubahsuai modul kecerdasan emosi berdasarkan aktiviti yang diutarakan oleh Lynn (2002) berdasarkan kajian perpustakaan dan pandangan pakar. Aktiviti yang digariskan oleh Lynn bertujuan untuk meningkatkan tahap kecerdasan emosi dalam kalangan pekerja. Melalui perbincangan bersama pakar, modul ini diubahsuai dengan mengambil kira faktor silang budaya untuk memenuhi keperluan kumpulan sasaran. Fasa kedua pula dijalankan untuk memperole..... 30 hits |